Baru Je Kecoh Kata Akan Nikah Minggu Ni, Sekali Neelofa Muatnaik Sesuatu Yang Mengejutkan Orang Ramai

Teka-teki berhubung tarikh pernikahan selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz masih belum terjawab.

Namun Neelofa pada 23 Mac 2021 telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya seakan berkaitan dengan hal yang sedang diperkatakan.

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, Wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku

Perkongsian yang dimuat naik itu menunjukkan doa memohon pertolongan dan diberikan kemudahan dalam melakukan urusan.

Melalui caption:-

ā€œdengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. doakan saya dalam doa doa kalianā€

Neelofa memohon agar orang ramai mendoakan beliau supaya segala urusannya berjalan lancar.

Namun antara yang menarik perhatian, foto background untuk doa itu menampakkan seakan beliau sedang melakukan fitting baju.

Adakah benar dakwaan beliau akan berkahwin dalam masa terdekat?

Dalam pada itu, hantaran beliau diterima baik oleh orang ramai apabila rata-rata komen yang ditinggalkan turut mendoakan untuk selebriti tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/Kredit : riverbed / berita terkini

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*