Baru Saja Dilantik Sebagai Speaker Baru, Sekali Azhar Halau Khalid Samad Keluar Dewan

Speaker Dewan Rakyat yang baru sahaja dilantik, Azhar Azizan Harun mengingatkan ahli Dewan Rakyat untuk tenang ketika berlaku perdebatan di antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Bagaimanapun Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian menggelarkan Azhar sebagai “speaker pintu belakang”.

Azhar mengatakan pelantikannya adalah tanggungjawab penting tetapi ahli parlimen pembangkang terus memberi tekanan terhadapnya.

Beliau kemudian menghentikan ucapannya dan meminta Khalid untuk meninggalkan Dewan hingga akhir persidangan

Berikut reaksi dari netizan

“ bangkang mcm x pernah jadi kerajaan dek pun.. kena halau kok rang la..

“ Mcm budak2.. tak beretika. Saya sebagai pembayar cukai kental merasa kecewa sikap2 ahli parlimen bersidang.. Saya merasa terhina dan pembaziran setiap duit cukai saya…kalu gini sikap nya..saya tak halalkan duit cukai saya.. sekuan tetima kasih.. memalukan..

“ Perhatian Warga Shah Alam. Sampai bila nak mengadap MP Khalid setiap hari..

Speaker pun dah buang dia.

Tak hensem tak pe, janji jgn menjerit2 mcm org giler…

“ Bila bilangan mereka seimbang baru tahu perangai sebenar orang politik ni membela rakyat atau mengenyangkan perut sendiri.

Azhar Angkat Sumpah Sebagai Speaker Baru Tanpa Diundi

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengemukakan usul untuk mencalonkan mantan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru tetapi sukar didengar ketika ahli parlimen pembangkang membantah dengan kuat.

Azhar kemudian dijemput ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah ketika tunjuk perasaan itu berlanjutan.

Tidak ada undian dibuat di kalangan ahli Dewan Rakyat bagi memilih speaker yang baru sebelum itu.

TRENDING SANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*