Rezeki Bibik, Eina Azman Bawa SekaIi Pembantu Rumah Pergi Umrah Siap BeIanja ‘Business Class’

” Assalamuailakum..alhamdullilah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik mega untuk menunaikan ibadah umrah.

” Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdullilah harini dapat pergi bawa mummy n abu eina doa kan kami semua mendapat umrah yang mabrur..”

Demikian perkongsian Eina Azman di Instagram beliau yang meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menunaikan umrah. Lebih manis bukan sahaja suami dan anak, malah beliau turut membawa ibunya bersama.

Keprihatinan dan sifat kasih sayang yang ada pada Datin Paduka Eina Azman sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Biarpun jarang sekali muncul di kaca televisyen, komitmennya pada keluarga menjadi contoh buat peminat-peminat.

Terbaru, Eina sekali lagi membuatkan netizen terharu apabila dia berkongsi khabar gembira bahawa dia bersama keluarga telah berangkat ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Bukan seluruh keluarganya sahaja, malah Eina turut berkesempatan membawa pembantu rumahnya bersama. Berdasarkan gambar yang dikongsi, mereka telah menaiki pesawat dengan kelas perniagaan yang mana pembantu rumah Eina juga tidak terkecuali berada dalam kelas yang sama.

” Alhamdullilah rezeki untuk mu bik mega… sebelum ni saya ada ramai bibik islam dan jauh lagi tua dan berusia dari bik mega. Tapi Allah dah tentukan memang rezeki dia datang bersama saya dan keluarga utk kali ini” tulis Eina dalam status berasingan sambil berkongsi gambar pembantu rumahnya di hadapan Kaabah.

Menurut Eina dia berasa bersyukur kerana impiannya untuk menunaikan ibadah umrah akhirnya tercapai. Dalam pada itu, pelakon ini turut memohon kepada semua pengikutnya agar mendoakan mereka dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur.

Diruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu serta mendoakan agar segala urusan mereka di kota suci itu dipermudahkan dan pulang dalam keadaan selamat.

Kisah prihatin Eina Azman dan suami terhadap orang gaji pernah tular sekitar April tahun lalu apabila berkongsi video dia bertemu dengan pembantu rumahnya, bik (bibik) Poji selepas dua bulan tidak berjumpa.

Menerusi video tersebut, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden telah menempah bilik hotel untuk Bik Poji berehat selepas dis3rang pnyakit tuberkuIosis atau tibi.

” Takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat? Saya dan suami buat keputusan ambil hotel untuk dua bulan bagi dia cukup berehat dan pulihkan diri,” tulisnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : hangat.com dan Instagram Eina Azman

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*