Bekas Doktor Gigi Ini Menyesal Kerana Tidak Senaraikan Negara Malaysia Sebagai Paling Bagus. Ini Rayuan Dia Kepada Semua

JIKA anda masih skeptikal terhadap arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin kenyataan daripada ‘mat saleh’ ini boleh memberi justifikasi yang diinginkan.

Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COV19 di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran v1rus berkenaan.

Pfundheller kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran COV19. – Facebook \ Dustin Pfundheller

“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jngkitan COV19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.

“Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan v1rus terus merebak.

RASA BERSALAH

“Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COV19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.

Video itu sudah menerima lebih 600,000 tontonan dan 40,000 perkongsian setakat ini.

🇲🇾 Malaysia’s Incredible Covid-19 Story 😷

🇲🇾 Malaysia’s Incredible Covid-19 Story 😷In March, Malaysia’s had 3 times more Covid-19 cases than any country in South East Asia. Now Malaysia is one of the safest countries in the world. An incredible story that needs to be talked about more!A huge thank you to Tan Qin Wei & https://www.qproductionn.com/ for volunteering over half the drone shots in the video. Please check out his website!Follow us:Other Side of the Truth#othersideofthetruth #dustinpfundheller #malaysia #covid19 #coronavirus

Posted by Other Side of the Truth on Saturday, May 9, 2020

Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

Terima kasih, video ini benar-benar menggambarkan perbandingan statistik, kejayaan dan usaha negara kami untuk memerangi COV19. Pujian kepada kerajaan dan barisan hadapan,” kata Allfi Syah.

“Terima kasih kerana memaparkan tanah air saya yang sedang berusaha memerangi ‘musuh yang tidak kelihatan’ ini,” tulis Fara Ishak.

“Kami tidak dipandang di peringkat antarabangsa, tetapi tak mengapa kerana yang penting rakyat Malaysia dilindungi dan selamat, kami gembira kerana berjaya melakukan walaupun dalam senyap,” tulis Azwan Zwan.

Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*