Bapa Kandung Pun Lepas Tangan, Ini Kan Pula Bapa Tiri. Belum Hadap Lagi Boleh La Awak Semua Kata – Dr Erin

Perkongsian terbaru yang ditulis di Instagram oleh Dr. Erin yang sebelum ini pernah mencuri perhatian warganet selepas berkahwin dengan pendakwah bebas yang juga bekas peserta program realiti, Da’i Farhan.

”Saya ni seorang wanita berumur 40, mak dan juga ayah kepada 8 orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya. Saakit demam pun saya sorang je yang perlu fikir dan jaga.”

Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi berkongsi hantaran tersebut selepas mendapat mesej peribadi DM dari segelintir lelaki yang mahu mengenalinya.

”Saya tiada adik beradik, tiada sedara mara, tiada orang tua mahu pun pembantu yang saya boleh harap dan minta tolong untuk membantu saya melakukan 1001 macam kerja dan tanggungjawab dalam hidup saya.

”Orang luar hanya nampk saya ni macam best je hidup dan ramai sangat yang nak cuba mengenali saya..

”Maaf saya kena bagitau kat sini..tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ini..

”Bapa kandung pun lepas tangan, ini kan pula bapa tiri..saya dah penat sangat nak bagi respond pada yang dok DM-DM tu..

Belum hadap lagi boleh laa..

”Maaf bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang..belum hadap lagi boleh la awak-awak semua kata ‘terima seadanya saya’.

”Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab.. Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar.

”Hidup saya bukan untuk bersenang-lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah, malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi..

”Saya takut awak-awak semua tak kuat dan tak tahan..hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan kuat mental je yang mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya..

”Maaf sangat-sangat tak dapat nak respond pada semua..anak saakit mak tak tidur malam, tak makan, tengok telefon pun tak sempat

”Janganlah dok IG call, mau takmau saya memang tak akan jawab.. Habis bateri telefon, saya nak simpan untuk emergency ni ye harap faham.” akhiri Erin

Terdahulu Erin mengesahkan dicraikan suaminya Da’i Farhan pada 27 April lalu.

Kisah pernikahan Erin dengan Da’I Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Lebih mencuri perhatian ramai apabila Farhan dikatakan mengambil keputusan mencraikan Fatin yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. Crai itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Sementara itu berdasarkan kenyataan Fatin pada May lalu, beliau dan bekas suaminya Da’i Farhan masih belum ada sebarang perbincangan untuk kembali rujuk.

Sumber: IG Drholisw / https://www.asiakini.com/2020/10/08/ramai-dm-erin/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*