Belum Sampai 48 Jam Malaysia Umum Kelonggaran PKP, Kes Baharu Covid 19 Meningkat. Kembali Tiga Digit

PUTRAJAYA – Selepas dua minggu mengekalkan angka dua digit, jumlah kes baharu positif wabak koronavrus (Covid-19) di Malaysia hari ini kembali kepada tiga angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 105 kes baharu direkodkan dengan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,747 kes.

Katanya, daripada 105 kes baharu itu, 13 kes melibatkan kes import manakala selebihnya merupakan penularan tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 105 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjngkitan Covid-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada jumlah 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes.

Sehingga kini, seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dimaklumkan bahawa tiada kes kematiian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematiian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 103 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

PKPB: Penguatkuasaan PKP masih diteruskan

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada masih tetap dilaksanakan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta 342 terus berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB yang akan bermula 4 Mei ini dan tindakan akan diambil kepada mereka yang ingkar.

“PKPB diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah berdasarkan dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

“Tetapi ia tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Perlu diingatkan bahawa PKP masih terus dilaksanakan bukan bermakna PKPB tidak ada akta lagi yang menuntut rakyat untuk patuh kepada setiap arahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu kerajaan telah menjalankan 5,069 Ops Sanitasi Awam di seluruh negara sehingga semalam.

Beliau berkata, operasi itu termasuk di 22 zon merah dan 39 zon kuning di enam buah negeri antaranya di Johor dan di Sabah.

“Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac telah melakukan 5,069 operasi sanitasi termasuk di 61 zon kuning dan merah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi sanitasi turut dijalankan di kawasan pusat perniagaan, kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pasar raya.

“Sehingga kini, operasi sanitasi telah merangkumi 2,828 bangunan kerajaan, 1,983 tempat awam, 2,134 pusat perniagaan, 1,519 kawasan perumahan termasuk PPR dan 305 pasar raya,” katanya.

Hiburan Media Terkini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*