Saintis China Sahkan Virus Corona Boleh Berjangkit Melalui Mata. Dan Belum Tentu Pakai Topeng Akan Selamat

Saintis mendakwa koro-navirus mungkin boleh tersebar melalui mata.

Seorang doktor pakar paru-paru, Wang Guangfa khuatir dia mungkin terjangkiti virus berkenaan kerana tidak memakai kaca mata pelindung.

Pakar virus di Kolej Imperial London, Profesor Paul Kellam berkata hal ini sememangnya boleh berlaku.

“ Jika anda terkena titisan bersin, ia akan tersebar dari hidung ke mata,” katanya.

“ Mata anda bersangkutan dengan hidung melalui kelenjar lakrimal (kelenjar yang merembeskan air mata).

“ Jika anda mengalami alergi dan mata anda berair, hidung anda akan turut berair. Atau jika anda meletakkan ubat di dalam mata, anda akan dapat merasakannya di belakang tekak,” tambahnya.

Ia tidak aneh untuk flu dan virus lain dihantar dengan cara ini. Anda juga boleh mendapat jangkitan pernafasan melalui mata.”

” Ini adalah sebab petugas kesihatan perlu memakai perlindungan mata”, katanya.

Walaupun topeng muka melindungi hidung dan mulut, ia tidak menutup mata.

Selain itu, virus yang ada pada tangan boleh dipindahkan ke mata melalui sentuhan.

Dr Michael Head, seorang pakar perubatan dari Universiti Southgamptom turut menyokong dakwaan tersebut.

” Perpindahan virus juga berpontensi berlaku melalui sentuhan pada mata sekiranya virus ada pada tangan. Ini juga menimbulkan kebimbangan ia boleh menjangkiti orang lain dengan mudah,”.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Daily Mail

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*