Benda Yang Paling Merisaukan Terjadi, Apabila Tukang Gunting Rambut Sah COVlD I9. Dr Noor Hisham Mula Bersuara

Pada 13 April lalu, kerajaan telah menarik semula kelulusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan itu dibuat hanya selepas beberapa hari kelulusan diberikan, selepas kerajaan mengambil maklum balas orang ramai.

Sememangnya menjadi kebimbangan bukan sahaja di kalangan rakyat, tetapi pihak kerajaan sendiri risiko terjadinya ‘kIuster’ tukang gunting.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima notifikasi berkenaan seorang gunting rambut warga asing disahkan positif (COVlD-19) oleh Pejabat Kesihatan Titiwangsa.

Ini puncanya..

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki warga asing itu menawarkan perkhidmatan gunting rambut dari rumah ke rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

” Pejabat Kesihatan Titiwangsa mendapat laporan dari sebuah hospital swasta mengenai seorang lelaki warga Pakistan, tukang gunting rambut di Kuala Lumpur.

” Siasatan awal mendapati kedai gunting rambut tempat dia bekerja tidak beroperasi sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

” Namun dia terus memberi khidmat dari rumah ke rumah atas permintaan pelanggan di mana 25 kontak rapat dikenalpasti dengan rekod panggilan telefon.

” 15 kontak rapat dapat perkhidmatan dengannya hingga 11 Jun, jadi jumlah kontak dikenalpasti seramai 40 orang,” ujarnya pada Jumaat.

Menurut Dr Noor Hisham, lelaki itu telah dibawa menjalani saringan oleh majikannya dan dia kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mendedahkan terdapat lebih 2,000 tukang gunting rambut warga asing di negara ini.

Melihat perkara itu sebagai kebimbangan KKM, dia bagaimanapun menjelaskan mana-mana tukang gunting warga asing yang mahu kembali bekerja perlu menjalani saringan terlebih dahulu.

Namun katanya, prosedur operasi standard (SOP) itu bukan sahaja tertakluk kepada warga asing yang bekerja sebagai tukang gunting rambut malah merangkumi semua sektor yang ada di negara ini.

KKM dah kaji, kebimbangangan ialah warga asing

” Kita telah kaji hal ini. Kebimbangan KKM ialah warga asing. Kalau lihat data setiap hari, kes positif melibatkan warganegara sudah kurang.

” Tapi warga asing perlu dilihat dengan teliti. Salah satu syarat untuk mereka mula bekerja, perlu jalani ujian COVlD-19,” ujarnya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, data kementerian menunjukkan 2,000 warga asing bekerja sebagai tukang gunting rambut.

Perkhidmatan gunting rambut dan dandanan dibenarkan memulakan operasi pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

LIMAU AISSSS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*