Beratur Berbelas Jam Tiket Habis Tak Sampai Sejam. Ini Harga Terbaru Yang Dijual Oleh Ulat

Bahang Final Piala AFF dah makin terasa ni, semua rakyat malaysia pun dah semangat dan tak sabar nak tunggu hari perlawanan. Apatah lagi peminat-peminat bola yang lain. Mereka ni siap dah beratur dan bermalam dekat perkarangan stadium tau untuk beli tiket. Power lah! Salute admin dengan penyokong-penyokong Malaysia ni.

Tapi yang kurang sedap didengar bila kita dah semangat beratur nak beli tapi pihak seliaan stadium pulak yang kurang best. Apa cerita ni?

Buat garisan polis sendiri

Melalui temu bual Berita Harian, penyokong dah datang ke stadium untuk membeli tiket sejak subuh semalam hingga ke pagi ni satu batang hidung orang stadium pun mereka tak nampak. Mereka juga bagitahu, garisan polis untuk orang beratur beli tiket tu mereka yang buat sendiri dan bukan orang stadium atau pihak berkuasa yang buatkan.

Tak ada penghadang besi

Ada juga penyokong  yang datang dari Kelana Jaya berkata, dia  kecewa dengan sistem penjualan tiket yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak stadium. Langsung tak ada  penghadang besi atau garisan tali bagi membolehkan penyokong beratur untuk beli tiket.

Pihak pengurusan stadium padamkan lampu

Menurut penyokong yang datang ke perkarangan stadum sejak tengah malam tadi, perkarangan stadium jadi tak terkawal bila pihak pengurusan padamkan lampu di sekitar perkarangan stadium. Biar betul? Aduh kesian pula admin dengar…

Katanya, mula-mula tu terkawal je tapi bila dah padamkan lampu pukul 11 malam, situasi bertukar menjadi ‘panas’ dan ada pula penyokong dari belakang potong barisan. Mereka merasakan tak patut pihak stadium tutup lampu sebab ramai yang bermalam dekat situ dan tak ada satu pun pihak berkuasa yang mengawal keadaan masa tu.

Ada pengguna di Twitter berkongsi keadaan di stadium, sampai ada yang pengsan. Aduh.. Semoga semuanya ok dekat sana…

Admin harap pihak stadium dapat tingkatkan lagi penyeliaan stadium, lagi-lagi musim Piala AFF ni dan korang yang beratur dari semalam tu semoga dapat tiket! Salute la!

Tak Sampai Satu Jam ‘Sold Out’, Tiket Perlawanan Akhir Dijual Semula Dengan Harga Lebih Tinggi

idak sampai beberapa jam Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan 80,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam habis terjual sudah bertebaran di portal-portal jualan atas talian menjual semula tiket-tiket yang berjaya dibeli sama ada secara fizikal mahupun atas talian.

Perkara ini bagaikan sudah menjadi kelaziman dalam kancah bola sepak di Malaysia apabila ada pihak yang sanggup beratur membeli tiket dan menjual semula dengan harga yang tak masuk akal.

Peluang yang diambil untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda bagaikan menindas penyokong-penyokong lain yang gagal mendapatkan tiket tersebut di kaunter.

Diharapkan gejala seperti ini tidak berterusan berlaku dan pihak-pihak tertentu perlu menyelesaikan masalah sebegini dengan segera agar semua penyokong bola sepak mendapat layanan yang seadilnya dan tidak ditindas oleh pihak ketiga.

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*