Berdepan Hkuman Pnjara Maksimum 20 Tahun. Ini Rayuan Najib Razak Selepas Didapati Bersalah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International. Dan keputusan pertuduhan lain menyusul.

Bakal Pnjara 15-20 Tahun

Dkwaan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kes4lahan Najib berdepan dengan hkuman pnjara maksimum 20 tahun dan dnda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Bagi tuduhan pengubahan wang hram pula memperuntukkan hkuman pnjara hingga 15 tahun.

Apapun, keputusan pastinya akan membawa impak serta sejarah bukan sahaja kepada Malaysia sebaliknya seluruh dunia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta…

Posted by Astro AWANI on Monday, July 27, 2020

Saya Sedia ke Mahkamah Rayuan – Najib

Walau apa pun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

“ Sejak hari pertama saya telah kata. Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya. Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu empat tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik,” katanya dala Facebooknya malam ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

“ Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok,” katanya.

Menurut Najib, dua tahun yang berlalu bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman Pakatan Harapan (PH) dan hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikannya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorongnya terus ke hadapan.

“ Terima kasih saudara-saudari.Saya tidak putus asa. Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan. Saya sudah bersedia. I am ready.
Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

“ Demi DAP dan Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

“ Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya.-

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*