Beribu Orang Mahu Serbu Langkawi, Tapi Berjuta Rakyat Malaysia Dah Tak Sabar Nak Solat Berjemaah di Masjid

Berita tentang 1000 tempahan hotel di Langkawi habis dalam masa sejam selepas sektor pelancongan dibuka mencuri tumpuan ramai hari ini.

Bagaimanapun kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid adalah yang paling dinantikan oleh berjuta umat Islam di Malaysia.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran untuk solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid.

Selain itu, ia juga khusus buat warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja.

” Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.

” Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja.

” Pertamanya, mungkin isu membabitkan wrga asing yang positif Covid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu,” katanya.

Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.

SOP tunggu perkenan YDPA dan dijangka diumum dalam masa terdekat

Sementara itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

” Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya.

” Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) untuk memasuki fasa strategi keluar (sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Ketika ini, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dengan bilangan jemaah minimum tiga orang, tidak termasuk imam, dan tidak melebihi 30 orang.

Peraturan baru kebenaran solat berjemaah berasaskan keluasan masjid pula, bermaksud sekiranya masjid tersebut besar dan luas, maka ramailah dapat solat berjemaah.

Sementara itu berdasarkan komen warganet di laman page Dr Zulkifli, terdapat segelintir yang mempersoalkan bila masjid akan dibuka sepenuhnya.

” Kalau x boleh solat di masjid atau surau.. at least ada bg sikit ruang solat di tepi balkoni surau dan ruang luar masjid ke surau..atau sediakan ruang khas utk solat” komen Izhar

ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*