Berita Kem4tian Datuk Ismail Kamus Adalah Tidak Benar. Rakaman Live Ini Membuktikan Beliau Masih Hidup Dan Sihat

SHAH ALAM – Khabar angin mengatakan pendakwah, Datuk Ismail Kamus dalam keadaan sangat uzur atau ten4t tidak benar.

Tersebar di media sosial tentang berita bahawa Ustaz Dato’ Ismail Kamus, 71 berada dalam keadaan sangat ten4t dan telah mening gal dunia. Berita ini adalah tidak benar sama sekali.

Menurut sumber – Abdul Hadi Jusoh , Exco Lajnah Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Ustaz Dato’ Ismail Kamus dimasukkan ke Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu atas masalah kesihatan jantung lemah, atas faktor tersebut tersebut beliau telah menerima rawatan pembedahan kecil untuk memasukkan bateri.

Sehingga kini keadaan beliau adalah sihat dan stabil dan dibenarkan untuk keluar daripada Institut Jantung Negara pada petang ini , 11 Mei 2019.

Ustaz Dato’ Ismail Kamus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia (PAS) pada 1999 hinggan 2004 dan merupakan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2002. Beliau terkenal dengan kepakaran dalam perubatan islam dan aktif dalam menyampaikann ceramah-ceramah kepada masyarakat tanah air.

Sama-sama kita doakan agar Allah SWT memberikan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus agar diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan dipanjangkan umur beliau.

Ismail Kamus jalani pembedahan jantung

SAKIT

KEADAAN terkini pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)

Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung, semalam.

Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.

“Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ismail Kamus baru dimasukkan bateri di jantungnya, semalam. Sama-sama kita doakan kesihatan buat ulama ummah ini,” kata akaun itu hari ini.

Beberapa akaun Facebook lain termasuk Telaga Biru Terengganu turut berkongsi keadaan terkini Ismail di IJN.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Video Rakaman Ustaz Ismail Kamus Membuktikan Beliau Masih Hidup

Mohon jangan sebarkan berita yang tidak sihat. Kita doakan agar Ustaz Ismail Kamus sihat kembali. Insyallah, moga dipermudahkan.

Sumber : FB Ustaz Dato Ismail Kamus / Utusan Online / Harakah Daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*