Kumpulan Media “Berkampung” Depan Istana Negara Sejak Awal Pagi, KDYMM Agong Baik Hati Belanja KFC

Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing. Satu demi satu situasi genting mulai menjadi perhatian warganet kerana masing-masing inginkan kepastian berkaitan keadaaan sebenar kabinet negara.

Susulan daripada itu, petugas-petugas media dilihat begitu gigih merungkai berita dan mengejar individu-individu penting dalam gejolak drama politik semasa.

Makanan buat petugas media

Kumpulan media yang “berkampung” di Istana Negara bagi membuat liputan perkembangan terkini kemelut politik tanah air dijamu KFC oleh pihak istana.

Media yang mula berada di pintu masuk Istana Negara sejak awal pagi lagi menerima sumbangan berkenaan daripada wakil istana.

Ia sebagai meraikan petugas media yang dari awal berada di Istana Negara bagi melihat pergerakan masuk pemimpin politik tanah air.

Terbaik Tuanku!

Wakil istana menghantar KFC kepada petugas media sambil diiringi oleh pengawal bersenjata yang bertugas.

Ia sedikit sebanyak menceriakan warga media yang bertugas bagi membawa liputan terkini kepada orang ramai berhubung krisis perlembagaan.

Untuk makluman, pihak media mula berkampung di Istana Negara bermula petang semalam, selepas desas desus pertukaran kerajaan tercetus.

Ia susulan pemimpin Bersatu, Umno, PAS, GPS dan Warisan bertemu Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Hari ini, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Pihak media dilihat bertungkus-lumus untuk memastikan berita yang terkini kepada rakyat berhubung isu politik negara.

Tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sekali gus menggemparkan banyak pihak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit:Malaysiakini

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*