Safawi Rasid Dedahkan Kenapa Ibunya Melinangkan Air Mata Sebelum Perlawanan

Safawi Rasid berjaya melunaskan dua gol dalam perlawanan menentang Indo.nesia dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

LAHIR daripada keluarga besar membuatkan, penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia, Muhammad Safawi Rasid pernah menjadi tukang rumah bagi membantu bapanya mencari pendapatan sampingan.

Sehubungan itu, peminat bola sepak tempatan telah membanj1ri laman Instagram bintang bola sepak ini menitipkan ucapan terima kasih atas kecemerlangannya beraksi di halaman send1ri.

Apa pun, jom lihat latar belakang bintang sukan hebat ini;

1. Dilahirkan pada 5 Mac 1997 di Dungun Terengganu dan diberi nama Muhammad Safawi bin Rasid.

2. Merupakan anak kesembilan daripada 13 adik beradik.

3. Pernah bekerja sebagai tukang rumah sewaktu masih bersekolah dengan membantu ayahnya bagi menyara ahli keluarga.

4. Sekiranya tidak bergelar pemain bola sepak, dia bercita-cinta untuk menjadi seorang doktor. Difahamkan ketika di rumah, dia akan bertanggungjawab merawat luka ahli keluarga andai ada yang cedera.

5. Ledakan gol Safawi menerusi tendangan voli kaki kidal hampir menyamai jaringan bekas tonggak Manchester United, Robin van Persie ketika bertemu Aston Villa pada 2013.

6. Bergelar pemain bolak sep4k, namun dia mengakui lebih meminati sukan takraw. Ulasnya, dia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk meneruskan sepak takraw atau bola sep4k sewaktu berada di Tingkatan 4.

7. Sukakan wanita yang berpenampilan sederhana dan menjaga solat.

8. Pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Syifa Melvin, Anim Ezati, Wany Kayrie dan Ruhainies.

Ditemui ketika sesi latihannya di Padang Latihan Sime Darby FC, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis, Safawi atau lebih mesra disapa Pawi sempat memberitahu ciri-ciri gadis idamannya…

Nak tahu apakah ciri-ciri gadis idamannya itu? Saksikan video ini…

HERO MALAYA SAFAWI RASID RUPANYA MENDAPAT RESTU IBUNYA SEBELUM PERLAWANAN

Malaysia memperoleh kemenangan pada malam ini setelah berjaya menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rembatan kencang kaki kiri Safawi Rasid tenyata membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol kemenangan pada minit ke-29 dan 72.

Safawi Rasid wira Harimau Malaya

Pada beberapa hari yang lalu, menerusi Instagram Safawi, beliau memuatnaik satu rakaman video yang menunjukkan ibunya mengucapkan rasa syukur setelah Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Dengan linangan air mata, ibunya turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

“Alhamdulillah Anak Ma Dapat Anugerah yang terbaik. Ma bersyukur sangat pada Allah.. Semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen di posting turut berkenaan menzahirkan rasa terharu mereka.

Ramai yang tidak dapat menahan sebak dan menyatakan kemenangan Safawi adalah hasil dari berkat doa seorang ibu.

BERKAT DOA DARIPADA IBU

Doa ibu Safawi Rasid hero kita.

Posted by Azar Azmi Fans on Tuesday, November 19, 2019

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram safawirasid29

Kredit : SIAKAP KELI via KOMEDIA MEDIA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*