YDP Agong Berkenan Menerima Peletakan Jawatan Tun M Sebagai Perdana Menteri. Tapi Ini Permintaan Agong Kepada Tun M

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“ Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,’

kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Sumber: Astro Awani

Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong tentukan kedudukan kerajaan

Image result for Shamrahayu
Kata Shamrahayu, ahli Parlimen tersebut perlu dipanggil secara berasingan bagi memastikan ketelusan undian jawatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong berhak memanggil kesemua Ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menghadap baginda di Istana Negara bagi mengenal pasti individu yang layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Dr Shamrahayu A Aziz bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen tersebut perlu dipanggil secara berasingan bagi memastikan ketelusan undian jawatan tersebut.

“ Secara umumnya peruntukan Perlembagaan tidak menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima ataupun berhak untuk tidak memperkenan perletakan jawatan ini, namun jika situasinya Yang di-Pertuan Agong berkenan atas peletakan jawatan itu, Kabinet juga akan terbubar.

“ Jadi adalah lebih baik (berdasarkan) kebijaksanaan baginda untuk memanggil secara berasingan kesemua mereka yang membuat SD atau secara ringkas memanggil ketua parti. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, adalah lebih baik untuk istana berjumpa semua Ahli Parlimen.

“ Itu menunjukkan kebijaksanaan istana kerana pada saya istana tidak boleh tersilap langkah dalam konteks ini kerana istana akan dilihat menyebelahi mana-mana pihak meskipun pelantikan itu adalah atas budi bicara baginda,”

katanya yang menjadi tamu undangan dalan program Buletin Khas AWANI di sini pada Isnin.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*