Alya MeIuahkan Perasaan Tegas Dia Dan Addy Kana Bukan “Macau Scammer”, Tapi Panggilan Scammer Mengaku Addy Kana AdaIah Boss

Isu menggunakan artis bagi tujuan ‘mencuci’ duit hram hangat diperkatakan ramai sejak awal bulan ini. Penngkapan sspek M4cau Scammer yang berkait menjadikan berita ini semakin hangat.

Malah berpunca dari berita mengenai pelawak Shuib Sepahtu yang dipanggil ke SPRM bagi membantu siasatan, orang ramai semakin berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang kes ini.

Difahamkan antara yang ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan adalah individu dikenali sebagai Dato Addy Kana dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila.

Walau bagaimanapun setakat ni, nama mereka tidak disebarkan secara rasmi kerana belum disabiitkan bersalah.

Terbaru, Alyaa menerusi satu hantaran di Instagram telah memberi penjelasan dan meluahkan perasaannya terhadap apa yang berlaku.

Menurut Alyaa, beliau dan suami tiada kaitan dengan kegiatan penipuan atau penggubahan wang hram dan hanya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.

Saya dan suami tidak terbabit

”Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Mcau Scamm ni. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup IG ni.

”Tapi orang ftnah kami sana sini cakap kami Mcau Scamm. Ada berita TV3 mention nama kami?

”Berhenti lah buat cerita bukan-bukan. Biar polis buat siasatan kalau dah ada bukti kami Mcau Scamm baru korang semua boleh cakap apa saja.

”Kalau kami ni Mcau Scamm buktikan dulu. Kalau kami tak buat scamm boleh jatuh ftnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga.

”OKT maksudnya Orang Kena Tahan, tapi belum tentu orang kena tahan itu bersalah, SPRM jalankan siasatan.

”Kes ini pun masih dalam siasatan dan kami memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu SPRM.

Tular rakaman pemanggil scammer mengaku bos mereka adalah Dato Addy Kana

Sementara itu, minggu lalu tular satu panggilan telefon dari seorang dipercayai scammer yang mengaku sendiri bahawa Dato Addy Kana adalah bos besar mereka.

Individu terbabit dengan berani mengatakan Addy Kana yang baru-baru ini ditahan SPRM, akan terlepas dari kegiatannya kerana mempunyai kabel kuat.

Rakaman yang berdurasi lebih dari 10 minit itu tular di media sosial dan rata-rata orang ramai percaya dengan rakaman tersebut dan yakin bahawa suami Datin Alyaa iaitu Dato Addy Kana ada terlibat sama dalam ‘Mcau Scam’

Bagaimanapun rakaman audio yang tular itu tidak dapat disahkan kesahihannya.

Datuk Seri yang lari panjat pagar bukan suami Datin Alyaa

Berkenaan isu seorang suspek bergelar Datuk Seri yang berjaya melarikan diri, didapati ia bukan Dato Addy Kana.

Ia susulan polis mendedahkan identiti suspek terlibat dalam Mcau Scam yang melarikan diri itu dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras di ibu negara.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.

Setakat ini SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta.

SPRM turut merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti haram itu.

Sumber: Asiakini via Cheras Daily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*