‘Rupanya Betul-Betul Terjadi’ – Respon Syazwan Zulkifly Bila Ramai Doa Dia Bercinta Dgn Wan Sharmila

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 benar-benar meninggalkan impak yang berkesan kepada seluruh peminat.

Bermula dengan wat Mak Leha (Liza Abdullah), Yati (Jasmin Hamid) dan Nurul (Wafariena) yang menjadi kec4man ramai sehingga peminat terbawa-bawa mengec4m pelakon yang menjayakan watak terbabit.

Kini watak Sofi dan Helmi pula membuatkan peminat mahu pasangan itu betul-betul bercinta di alam nyata.

” Umum tahu saya dah putus tunang, manakala Lala (Wan Sharmila) pula masih single sehingga kini.

” Ditambah pula mereka terpengaruh dengan watak Helmie dan Sofi, itu yang mereka nak lihat kami bercinta dan kahwin,” kata pelakon Syazwan Zulkifly.

Lakonan mereka sebagai pasangan suami isteri menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang berakhir tayangannya semalam amat berkesan sekali gus menjadi tumpuan peminat yang mengharapkannya menjadi kenyataan di dunia realiti.

” Saya tak dengar pula peminat kata nak tengok Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha) berkahwin.

” Sebabnya peminat tahu, di dunia realiti mereka masing-masing dah berkahwin. Kami kena tempias kerana dalam siri pertama pada 2016, memang tiada tunjukkan Helmy dan Sofi bercinta.

” Musim ini barulah ada. Apabila baca skrip, sejak awal saya dah terfikir akan ada peminat yang minta saya bercinta dengan Lala. Rupanya ia betul-betul terjadi,” katanya.

Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata, drama ini sudah berakhir dan cerita mereka pasti akan diam sendiri nanti.

” Sekarang saya dengan jalan saya manakala Lala dengan jalannya. Senang cerita, saya pun dah lama tak jumpa Lala selepas habis penggambaran.

” Kami hanya bertemu ketika hadir untuk promosi drama di radio Hot FM sebelum ini dan berada dalam kumpulan WhatsApp yang diwujudkan oleh TV3.

” Tiada pun kami mesej hari-hari dan tiada hubungan yang bukan-bukan. Semuanya atas urusan kerja,” katanya.

Kalau dah jodoh tak ke mana

Menurut Syazwan, perkara berkaitan jodoh adalah sesuatu yang tidak dapat diubah.

” Ada tiga benda iaitu hidup, mati dan jodoh. Kita usaha macam manapun, kalau bukan jodoh memanglah tiada. Siapa yang nak tolak ketentuan Allah.

” Kalau Allah kata jadi, jadilah. Kalau tiada, saya okay sahaja terima ketentuan Allah.

” Seperti saya katakan tadi, rasanya orang suka kami bersatu kerana status masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu Wan Sharmila dalam kenyataan sebelum ini kepada Harian Metro berkata, dia enggan bercakap langsung berkaitan jodoh mereka.

” Hubungan dengan Syazwan hanya sebagai kawan,” katanya.

Mereka kini bergandingan menerusi telefilem berjudul Kala Malam yang menjalani penggambaran di Temerloh Pahang.

KREDIT: ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*