‘BiIa Buat Macam Ni Time Tua Lagi ComeI’ – Netizen Terhibur Lihat SuItan Johor Sakat Permaisuri

Seringkali kita melihat Sultan Johor berwajah serius dan bersikap tegas ketika muncul di khalayak umum.

Namun kali ini Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempamerkan sisi humornya ketika meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Baginda sempat bergurau senda bersama Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar merakam video bapanya itu sedang bersembunyi di sebalik dinding ruang kaki lima sambil tergelak kecil.

Kemudian kelihatan Raja Zarith Sofiah melalui ruang tersebut dan dijerkah oleh Sultan Ibrahim.

Raja Zarith Sofiah pada mulanya terkejut namun dilihat tertawa apabila dirinya dijadikan bahan gurauan.

Gelagat anak beranak itu yang dimuat naik di Instagram Tunku Idris dan dikongsi akaun rasmi keluarga diraja Johor, The Royal Johor mencuit hati warga maya.

“Saat yang tidak ternilai disebalik kehidupan biasa. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami,” catat reyzayn.

“Nakalnya, tuanku berdua sangat comel. Allah peliharakan Sultan Johor,” catat Xiera_Fazira.

“Dalam tegas, dalam garang, ada juga sisi yang kita tak nampak, bagaimana kehidupan seharian tuanku sekeluarga. Semoga Tuanku sentiasa di dalam lindungan Allah,” catat coach1d.

Video yang dimuat naik The Royal Johor ditonton lebih 52,000 kali dan disukai lebih 13,000 pengguna Instagram.

View this post on Instagram

#repost @tunku_idris

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

Sumber : ProjekMM / http://www.awatttsyeikhh.com/sakat-permaisuri11/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*