Bila Daftar Umrah Sajat Mengaku Lelaki. Tapi Bila Sampai Tanah Suci Mekah, Ini Yang Sajat Beritahu Kepada Mutawiff

AGENSI yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.

Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.

“ Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“ Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“ Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“ Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap itu menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.

“ Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan dia ada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.

“ Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya.

“Kita Dekat Sini Ok Je Sis” – Kawan Kongsi Perbualan Whatsapp Sajat Tak Ditah4n Dan Masih Meneruskan Ibadah Umrah

Hari ini ini tular di Facebook memaklumkan Sajat telah di t4han di lapangan terbang oleh pihak berkuasa kerana berpakaian menyerupai wanita.

Namun info yang memaklumkan Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman sudah dit4ngkap tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tak lama kemudian, seorang kawan Sajat memuat naik perbualan mereka di Whatsapp yang menunjukkan Sajat masih lagi bebas tidak ditangkap dan masih lagi menjalankan ibadah umrah.

“ Tak ada apa, kita ok sis”

Perkongsian di laman Facebook oleh Founder Zaira, usahawan itu tidak dit4ngkap dan masih lagi menunaikan ibadah umrah seperti biasa.

Sajat berkata bahawa dia berada dalam keadaan yang baik sahaja dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuknya.

Bukan itu sahaja, menurut personal assistant (PA) Nur Sajat, ketika di tanya mengenai keadaan mereka dia kelihatan bersahaja dan sepertinya tidak dih4lang oleh pihak berkuasa untuk menjalankan ibadah umrah.

Melalui perkongsian tersebut, Sajat turut dikatakan akan pergi mengunjungi Hajar Aswad disebelah malam pada hari ini.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai keputusan Sajat untuk mengenakan telekung sebagai pakaian untuk menjalankan ibadah umrah.

“ Pasal bertudung kita tak nak ulas lebih-lebih sebab kita pun bukan sempurna.” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*