Bila Ditanya Tak Rasa Bersalah Ke Dengan Allah Sebab Tatto, Ini Jawapan Isma Yusoof

Pengarah dan pelakon berbakat, Azma Aizal atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat. Selepas insiden memukul pelakon Ika Nabella, pengarah ini mendedahkan dia sebenarnya menghidap penyakit Bipolar Disorder.

Terbaru, Isma menerima teguran daripada netizen gara-gara memuat naik gambar kaki yang bertatu.

Selain memuat naik gambar berada di tepi pantai di Langkawi Kedah, Isma turut memuat naik foto lukisan seperti tatu di bahagian kakinya.

shmaryarai My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lukisan tersebut adalah tatu sebenar atau sekadar lukisan semata-mata.

Ditegur netizen

asdfghjklbtsarmy @ishmaryarai dan satu lgi janganlah menghalalkan benda yang haram, dan mengharamkan benda yang halal.. ❤

ishmaryarai @abommmmmmm Tak. Semua perkara terjadi atas kehendak dia. Kita tak berkehendak. Selamat maju jaya abommmmm….

ishmaryarai @puterimawarni rindu tu penyakit. Doa2 kan agar tuhan turunkan i ke lokasi kembali ok sayang.

firdaus_abidin @ishmaryarai tak kesah la tegur depan ke tegur dlm ig ke janji tegur rasanya tak salah kan u allz

ishmaryarai @firdaus_abidin salah dan betul itu adalah ilusi. Semuanya dtg dari satu cahaya yg sama. Selamat menegur lagi dan lagi ok. 👑

soldier_of_islam2019 @ishmaryaraiwow..isma bg aku bunga.. harap kau dpt hidayah semula..aku sukakan BUTANG yg dulu..

abommmmmmm bro Tak Rasa bersalah ke dengan Allah Sebab bro Tatto ..ermmm semoga berubah

ishmaryarai @abommmmmmm Tak. Semua perkara terjadi atas kehendak dia. Kita tak berkehendak. Selamat maju jaya abommmmm….

ishmaryarai @itshaziq_ munafik yg laknatullah. Takdak dlm quran tatoo haram. Jangan memandai nak haram2 kan benda. Cubit kang!

danishfiq55 Bro dosa buat tatoo bro…org kafir yg nak masuk islam pon dia berusaha nak buang tatoo tetapi kits yg islam nak buat apapun Smoga Allah memberi hidayah kepada bro

Tidak senang melihat perkara tersebut, netizen menegur dan mendoakan semoga pengarah berbakat ini segera berubah. Netizen turut menjelaskan memakai tatu adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Sumber : makcik_puaka , ishmaryarai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*