Bila Najib Berceloteh Tentang ‘Telur Siapa Turun’ Disambut Sorakan Gamat Penyokongnya

Bekas perdana menteri Najib Razak terus giat membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwanya gagal menangani kenaikan harga bahan mentah selepas lapan bulan memerintah.

Antara yang menjadi sasaran Najib ialah harga telur yang dikatakan turun, tetapi hakikatnya, kata beliau, mengalami kenaikan.

Hal itu kata Najib terdedah selepas beliau melawat Pasar Datuk Keramat Ahad lalu.

“Dia (kerajaan) kata telur turun 2 sen. (Harga) Telur turun ke telur siapa turun?” katanya disambut sorakan gamat penyokongnya.

Malah, Najib turut menempelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution yang mengucapkan ‘tahniah’ kepadanya kerana membantu memantau harga barang.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam sesi bertemu orang ramai di Bangsar South, Kuala Lumpur petang tadi.

Kira-kira 150 orang penyokongnya hadir mendengar celoteh beliau.

Ada menteri menggelabah

Untuk rekod komen Najib mengenai harga barangan keperluan atau dapur bukanlah asing.

Selepas gagal mengemudi BN mendapatkan mandat sekali lagi menjadi kerajaan, Najib memang beliau kerap turun padang bertemu orang ramai, selain aktif di media sosial.

Semasa menjadi kerajaan pun beliau kerap bercakap mengenai harga barangan pengguna. Antara yang pernah menjadi perhatian ramai ialah mengenai penurunan harga kangkung.

Sebelum ini Saifuddin membuat kenyataan selepas Najib memuat naik gambar paparan harga telur di pasar Datuk Keramat dengan ciapan: “menteri kata harga telur turun, pekedai kata harga telur naik.”

Kata Najib, menteri terbabit “menggelabah” selepas beliau turun bertemu orang ramai dan melihat sendiri keadaan harga barangan pengguna.

“Bila menteri tengok tu, menggelabah dia. Dia kata tahniah datuk seri boleh bantu kami. Eh? Saya boleh bantu?

“Kalau saya bantu, saya balik (jadi) kerajaanlah!” katanya lagi.

Anggota parlimen Pekan itu juga menegaskan sebagai kerajaan PH mesti menyelesaikan masalah rakyat selepas mereka mendapat mandat.

Baru baru ini Najib Razak memuat naik satu status yang tak dibuat oleh mana mana Perdana Menteri atau Menteri dalam Malaysia walaupun dari Kerajaan atau Parti Pembangkang.

Sumber : malaysiakini

Najib Razak Minta Pendapat Netizen, Ride Mana Lebih Santai ..

Memang nampak jelas sejak Najib Razak tidak memegang apa apa jawatan penting dia lebih selesa ke mana mana saja.

Komen Netizen 

Iskandar Firdaus Iskandar Ton “Honda cub c70 bosskurr.kita bole main 3kilo kat hiway penanggal”

Fadly Iryana “NVX le DSN. Senang nak U turn. Pulas je minyak.”

Ishak Kamaruddin Mafey “Perghhhh.. semakin didepan”

Najib Razak Pun Jalan Jalan Harini Cari Port Santai …

Beliau menulis “Cantik tempat Lepaking di Gombak, dengan konsep kontena dan kedai makan. Great place to chill out. Mana lagi tempat best guys?”

Cantik tempat Lepaking di Gombak, dengan konsep kontena dan kedai makan.Great place to chill out.Mana lagi tempat best guys?

Posted by Najib Razak on Friday, January 11, 2019

Apa pun sejak dua menjak ini, memang mantan Perdana Menteri kita pandai mencuit hati rakyat. Baru baru ini tular kisah dia pergi ke pasar ..

Artikel By: KL VIRAL

Rakaman Najib Razak Ke Pasar Keramat. Nampak Muka Najib Razak Berubah Bila Berborak Dengan Peniaga Ayam Disitu. Telur Pun Dia Tengok Dan Terkejut Juga

Peniaga mengadu harga barang naik ketika kunjungan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pasar Datuk Keramat hari ini.

Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk.

Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.

Najib turun padang tinjau harga barang

“Minyak turun tapi harga ayam naik. Sebelum ini boleh dapat RM7.50 sekilo tapi sekarang RM8.50.”

Itu antara rungutan yang diadukan peniaga Pasar Datuk Keramat, di sini, ketika menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan masa kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk.

Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan.

NAJIB RAZAK DI GERAI DAGING

Najib berkata, hasil tinjauan mendapati rakyat masih berdepan dengan kenaikan harga barang meliputi telur, ikan, sotong dan ayam.

“Hampir semua saya jumpa mengadu mengenai kenaikan harga barang ini.

“Nampaknya rata-rata rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga barang dan penjaja merasakan perniagaan tak selaris dulu.

“Mungkin ni disebabkan bantuan kepada rakyat dikurangkan sebab ekonomi dan sebagainya,” katanya ditemui pemberita selepas tinjauan berkenaan, hari ini.

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan harga kesemua bahan api turun bermula tengah malam semalam.

Harga runcit petrol RON97 diturunkan dari RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga baharu RON95 pula diturunkan dari RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Sementara, diesel pula diturunkan dari RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Rakaman Najib Razak Di Pasar Keramat.

Bila harga barang nak turun? Peniaga mengadu harga barang naik ketika kunjungan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pasar Datuk Keramat hari ini. Najib yang tiba di pasar berkenaan kira-kira pukul 8.20 pagi menghabiskan kira-kira sejam meninjau barangan dan bertemu peniaga serta bersarapan dengan penduduk. Kehadiran mengejut itu bagi mendapatkan reaksi rakyat tentang harga barangan yang dijual kini susulan pengumuman penurunan harga minyak dan diesel oleh kerajaan. Laporan MOJO Sinar Harian Kuala Lumpur HIDAYAH HAIROM

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, January 5, 2019

Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*