Bilal Masjid Di Mesir Minta Sharul Kamal Azan Di Masjidnya, Bila Sharul Azan Meremang Bulu Roma

Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal menarik perhatian peminat selepas mengalunkan azan di sebuah masjid di Mesir.

Difahamkan Sharul berada di Mesir sejak minggu lalu untuk menjalani penggambaran musim terbaru sebuah program travelog.

Sedutan video azan yang dialunkan Shahrul itu dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi miliknya semalam.

Menurut Sharul, dia berasa gementar sebaik sahaja bilal masjid berkenaan memintanya untuk mengalunkan azan penuh.

“ Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh,” tulisnya.

Ternyata sebaik sahaja peminat mendengar alunan tersebut, rata-ratanya memuji suara Sharul yang begitu merdu melaungkan azan.

Tidak kurang juga ada yang berasa sebak dan syahdu selepas mendengar laungan azan itu.

“ SubhanaAllah… Sebak gila dengar kau azan kat situ dengan merdunya. Terima kasih share video ni #respect,” tulis @mrszhue

“ Fuh… Meremang bulu roma dengar kau azan,” komen @muhamad_hadri.

Sedikit info, Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2915.

Selain menyanyi, Sharul juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*