Selamba Tuduh Polis dan ATM Tidak Solat Dan Merokok, Ini Kenyataan Balas IGP Untuk Asri Janggut

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai.

Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan, didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

Orang kena tahu yang PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara mempunyai surau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai dan anggota melaksanakan kewajipan masing-masing.

Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang, itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya.

Menurut Abdul, setiap calon konstabel dan pegawai bagi pengambilan baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama.

Ini telah lama dilakukan dan ujian kefahaman asas agama kepada calon agama Islam ini membolehkan PDRM nilai siapa yang layak untuk menjadi anggota polis.

Dalam Rukun Negara juga jelas mengatakan yang asasnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Pucuk pimpinan tidak mahu orang berisiko diberi kuasa,” katanya.

Semalam, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat.

Sumber : Malaysiakini / jemputbaca

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*