Bilik VIP Perlawanan Piala AFF Suzuki Cup Di Stadium Bukit Jalil Habis Ditempah! Terkedu Penyokong  Bila Tahu Harga

Enam belas syarikat membelanjakan hampir RM500,000 untuk membeli 16 suite korporat ditawarkan sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF antara Malaysia menentang Vietnam, Malam ini.

Suite korporat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh memuatkan 15 hingga 20 individu itu dijual pada harga pakej RM25,000 hingga RM30,000 setiap satu.

Secara purata, penonton dalam kalangan orang kenamaan itu (VIP) membayar tiket berharga RM2,000 seorang, berbanding orang biasa cuma RM40. Jurucakap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberitahu pihaknya menawarkan 20 bilik jenis itu dan semuanya habis ditempah dalam tempoh 12 jam selepas tempahan dibuka Rabu lalu.

“Sebanyak 16 pakej suite korporat dibeli syarikat swasta manakala empat ditempah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pakej ditawarkan termasuk empat lot parkir, makanan daripada restoran terkemuka dan bilik berhawa dingin.

“Bukan saja memberikan keselesaan sebaliknya kedudukan bilik membolehkan penonton menyaksikan perlawanan dengan lebih jelas tanpa sebarang halangan.

Setiap pakej VIP termasuk bilik berhawa dingin, makanan dari terkemuka dan lot parkir VIP.

Bertuah rasanya jika dapat menonton perlawanan bola sepak dalam keadaan yang cukup selesa di stadium. Bagi sesetengah orang, kesesakan ketika menonton perlawanan di stadium adalah sebahagian dari kemeriahan. Namun ada juga yang inginkan keselesaan dan layanan VIP ketika menonton perlawanan di stadium.

Kini terdapat 16 suite korporat yang disediakan di stadium dengan kedudukan bilik yang lebih jelas dan selesa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF antara Malaysia menentang Vietnam, malam ini.

Suite korporat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh memuatkan 15 hingga 20 individu itu dijual pada harga pakej RM25,000 hingga RM30,000 setiap satu. Setiap pakej termasuk bilik berhawa dingin, makanan dari terkemuka dan lot parkir VIP.

Secara purata, penonton dalam kalangan orang kenamaan itu (VIP) membayar tiket berharga RM2,000 seorang, berbanding orang biasa cuma RM40. Jurucakap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberitahu pihaknya menawarkan 20 bilik jenis itu dan semuanya habis ditempah dalam tempoh 12 jam selepas tempahan dibuka Rabu lalu.

“Sebaik tamat perlawanan separuh akhir kedua Malaysia menentang Thailand, Rabu lalu, kami terus membuka jualan bilik korporat ini dan tepat jam 1 tengah hari esoknya (Khamis) semua sudah habis dijual,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ini kali pertama PSM dengan kerjasama FAM membuka jualan suite korporat sebaik SNBJ siap melakukan pengubahsuaian sebelum Sukan SEA tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi PSM Tony Fernandes, turut mengesahkan mengenai semua suite korporat berkenaan yang habis dijual menerusi akaun Twitter miliknya.

Tiket berjumlah 80,000 habis terjual

Sementara itu, seperti dijangka, tidak sampai setengah jam kaunter tiket dibuka pada jam 10 pagi, semua 80,000 tiket habis dijual termasuk 40,000 yang dijual secara fizikal di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi final Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam, Selasa ini.

Sebelum ini, 40,000 tiket sudah habis dijual secara dalam talian Jumaat lalu. Selain dijual di kaunter tiket pintu A dan E Stadium Nasional, ia turut dijual di Arenal Futsal FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya (hanya bagi yang memiliki keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok) dan 1,000 keping di Al-Ikhsan Sports Cawangan IOI City Mall, Putrajaya.

Antara penyokong Harimau Malaya yang bertuah mendapatkan tiket final itu adalah Mohd Shahrizal Ramli apabila dia muncul penyokong pertama yang berjaya membelinya selepas hampir 24 jam ‘berkampung’ di sini.

“Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga selepas saya datang ke sini sejak Subuh semalam lagi. Bayangkan satu hari suntuk dan tidur di sini semata-mata nak cari tiket final.

“Memang keadaan agak tidak terkawal tapi saya bernasib baik kerana saya berbaris paling depan sekali. Apa pun, saya puas dan tak sabar nak turun ke stadium beri sokongan kepada pasukan negara,” katanya yang datang dari Petaling Jaya bersama rakan sekerja.

Bagi pasangan adik-beradik, Hamid Karim dan Shaqyra, pengorbanan mereka tidur di perkarangan stadium dengan membawa selimut dan bantal sejak malam tadi akhirnya berbaloi apabila berjaya membeli tiket.

Jelas Hamid, 17, ia final pertama buatnya dan berharap skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menjulang trofi itu buat kali kedua selepas memenanginya pada 2010.

Kredit: hmetro via Gnews.fun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*