Biodata Siew Jim Yang Kini Bergelar Suami Elizabeth Tan. Tak Sangka, Ternyata Profil Dia Bukan CaIang-CaIang

Penyanyi Elizabeth Tan mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, pagi semalam.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, berkata dia memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila kisah perkahwinannya tular sejak pagi tadi.

‘Ya, saya dah kahwin semalam’ – Elizabeth Tan

Elizabeth dan suami

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lizzy, dia menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi buat dirinya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” katanya.

Terdahulu tular foto dan perkahwinan penyanyi Elizabeth Tan di media sosial apabila bapanya, David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

David yang memuat naik sekeping foto di Facebook berkongsi momen penyanyi berusia 28 tahun itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam masa sama, da.kwaan perkahwinan mereka turut diperkuatkan lagi dengan hantaran dimuat naik seorang pengguna Instagram dipercayai rakannya, @_esthygram_ turut memaparkan majlis pernikahan penyanyi itu

Ketahui Siapa Sebenarnya Suami Lizzy?

Sementara itu, berdasarkan semakan di internet atau di mana-mana laman sosial, tidak dikongsikan info lengkap berkenaan identiti suami Elizabeth Tan, Siew Jim.

Bagaimanapun, menerusi beberapa carian dan komen individu yang mengaku sebagai kawan kepada Siew Jim, suami Lizzy bukan calang-calang juga.

Berdasarkan laporan K0smo, Siew Jim merupakan seorang ahli perniagaan.

Manakala berdasarkan info dari laman web Linkedin, Siew Jim atau nama sebenarnya Siew Jim Ding adalah seorang doktor perubatan di International Medical University (IMU) di Bukit Jalil.

Malah menerusi komen di Mforum, seorang individu mendedahkan Siew Jim adalah bekas rakan sekelasnya dan pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Sarawak.

”Dah 2 years i rasa dorang kenal… even kt fb Lizzy pun tak private. Nampak selalu tag2 Jim nie.. i rasa dorang start kenal masa Jim dekat GH (general hospital) sarawak..” tulis Ophillea.

”Tahniah lizzy, semoga berbahagia dgn Dr. Siew Jim Ding..” tulis seorang lagi di ruangan Mforum.

Dalam pada itu, menerusi info di Linkedin juga mengatakan Siew Jim adalah seorang pengurus di sebuah syarikat swasta.

Latar belakang pendidikan pula, beliau berkelulusan Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS).

Sumber/Kredit : HMETRO ONLINE / Lawak Siot

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*