Boleh Buang Kucing Jlran Kalau SeIaIu Gnggu Rumah, Kata Mufti Perlis

Apa hukum pemilik biar kucing berak depan rumah jiran?

lsu kucing berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan perkara biasa, malah menjadi antara perkara yang boleh mendatangkan permusuhan sesama jiran tetangga.

Akibat sikap kurang cakna tuan punya kucing yang menganggap perkara itu remeh, ia akhirnya meletakkan nyawa haiwan peliharaan mereka dalam bahaya sekaligus menjadi mangsa keadaan.

Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui, sebenarnya terdapat tindakan yang boleh diambil dari sudut agama sehingga tular semula video memaparkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan berkaitan isu kucing berak merata ini.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Azhar menegaskan dalam kes tersebut, kucing yang membuang najis di rumah orang tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah pemilik haiwan tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kitab Feqah, sesiapa yang menjadi mangsa boleh meminta pemilik kucing untuk membersihkan rumahnya, namun jika enggan, perlu dibayar ganti rugi.

ā€œElok dah hukum hakamā€¦.Maka kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi?

ā€œJadi dalam kes begini, orang yang beriman dia tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,ā€ katanya.

Ustaz Azhar berkata, sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain.

ā€œKalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.

ā€œKita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup,ā€ aktanya.

Terdahulu, video tersebut dimuat naik di media sosial pada 27 September 2013, namun ia tular semula.

KANGAR ā€“ Umat Islam dinasihatkan tidak memelihara kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Boleh Buang Kucing Jlran Kalau SeIaIu Gnggu Rumah

KANGAR ā€“ Umat Islam dinasihatkan tidak memelihara kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Sumber/Kredit:Ā cempedakcheese

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*