
GEORGE TOWN: Sembilan individu tersesat dalam hutan ketika menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Bendera, di sini pada Selasa dan usaha mencari mereka giat dijalankan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 malam memaklumkan mereka sesat di kawasan Bukit Bendera.
Setakat ini maklumat lengkap semua mangsa yang sesat di Byukit Bendera itu belum diperoleh.Â
“Dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Bagan Jermal dan Paya Terubong dihantar ke kaki Bukit Bendera bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Pihak bomba berjaya menghubungi semula mangsa yang membuat panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu dan dia dapat dihubungi melalui talian telefon serta memberitahu mereka kemungkinan berada di kawasan Wand Gate 7 Bukit Bendera,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa malam.
Katanya, setakat ini maklumat lengkap semua mangsa belum diperolehi dan hanya mendapat jumlah mangsa sembilan orang sahaja dan kerja-kerja mencari serta menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan ERT (Emergency Response Team) Bukit Bendera.
Sumber Artikel : Astro Awani
Komen netizen
Rata rata yang tahu kawasan Bukit Bendera memberitahu agak mustahil untuk sesat kerana Bukit Bendera bukan kawasan yang mudah sesat. Jika anda sesat anda hanya perlu turun ke bawah kerana kawasan tersebut tidak besar. Ada netizen memberitahu mereka di’sorok’ dan kerana mereka naik ketika waktu senja.
Apa pun kita doakan agar mereka dijumpai dan moga dipermudahkan pencarian.
Leave a Reply