
Perlawanan bagi Kumpulan G untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi telah memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Malaysia selepas dua gol cantik dijaringkan oleh Safawi Rasid.
Walau bagaimanapun, kemenangan ini sedikit tercemar ekoran berlaknya ketegangan dan insiden yang dipercayai berpunca daripada beberapa tindakan tidak bermoral.
Terbaru, heboh di media sosial apabila ada yang mendakwa segelintir penyokong telah merosakkan kemudahan di dalam stadium seperti mencabut kerusi dan membalingnya.
Walau bagaimanapun, menurut Twitter Malaysia Gazette, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah memasuki ruangan stadium bagi memastikan keadaan di dalam stadium terkawal.
FRU masuk ke dalam stadium bagi mengawal keadaan apabila penyokong mula bertindak ganas membaling kerusi ke kawasan penyokong Malaysia.#StadiumNasionalBukitJalil#kelayakanPialaDunia2022#PialaAsia2023#malaysiavsindonesia #HarimauMalaya pic.twitter.com/afsmS1wSNB
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) November 19, 2019
Bukan sahaja di dalam stadium, unit FRU juga turut mengawal di kawasan luar stadium bagi memastikan keselamatan penyokong terjamin.
Perkara ini supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang terjadi di Stadium Gelora Bung Karno, tiga bulan lepas.
Keadaan di Stadium Bukit Jalil sedikit tegang apabila penyokong Indonesia cuba membaling suar ke arah penyokong Malaysia pic.twitter.com/OtkxVZ0MJs
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 19, 2019
Diharapkan agar tidak berlaku sebarang kekecohan sehingga boleh menyebabkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa malam ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Bernama / Twitter
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply