Clkgu Tadika lni Sedang Ajar Anak Murid Mengeja Tiba Tiba Anak Murid lni Cakap Sesuatu Yang Buat Clkgu lni Terduduk

Guru merupakan ‘pengganti’ ibu bapa di sekolah dan harus mempunyai cara pendekatan yang kreatif untuk mengajar anak murid

Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan hiburan untuk memahami apa yang diajar oleh guru supaya sesi pembelajaran mereka lebih efektif dan tidak membosankan.

Sejak kebelakangan ini, ramai cikgu mula dikenali dan popular menerusi aplikasi TikTok kerana menggunakan pelbagai cara kreatif untuk mengajar murid mereka.

Bagi orang, tugas cikgu mengajar prasekolah atau tadika mungkin nampak senang kononnya sebab murid adalah kanak-kanak yang masih naif dan mudah diuruskan. Namun hakikatnya, semua pelajar sedang berada di fasa ingin tahu semua benda malah ada yang sangat aktif tatkala berada di dalam kelas. Perkongsian daripada guru bernama Cikgu Ayu di TikTok mungkin dapat mendedahkan realiti sebenar.

Seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu adalah seorang cikgu pra sekolah dan beliau pernah viral sebelum ini dengan content content mengajar yang seronok.

Gelagat murid prasekolah bila diajar penyambungan ayat

Kali ini video dirakam tujuan untuk menunjuk kepada ibu bapa anak anak murid tentang sesi pembelajaran di tadika tetapi apa yang terjadi memang tak dirancang.

Ketika Cikgu Ayu sedang mengajar mengeja dan meminta anak murid untuk ikut tiba tiba seorang anak murid memberi respond yang Cikgu Ayu sendiri tidak sangka.

Tiang lampu perut bunclt macam cikgu

Bermula dengan ayat “perut buncit” yang sepatutnya habis di situ sahaja, ada murid yang menyambung “macam cikgu”. Gurauan itu membuatkan Cikgu Ayau terpanah seketika sebelum membetulkan semula kesalahan berunsurkan gurauan tersebut. Pembelajaran terhenti selama beberapa saat sebelum beliau menulis semula ke papan putih.

Terlebih nada pulak….Babab nanti murid tu

Netijen juga menjadi terhibur dan menyifatkan itu merupakan cabaran biasa bergelar seorang guru di mana mereka perlu sabar dengan segala karenah. Ada juga yang berseloroh murid tersebut ikhlas dalam kata-katanya.

Jom tengok :

KOMEN NETIJEN:

“Budak kecik memang jujur cikgu..”

“Rasa mcm nak masuk sekolah balik lah mcm ni”

“Ckgu pn kaki tiktok.. Hrp2 tu hnya kebetulan saje.. Bkn lakonan sbb nk femes..”

Jika anda pergi ke channel Tiktok Cikgu Ayu ini banyak content content video dia tunjuk sedang mengajar kepada anak murid dengan cara seronok.

Sharing is caring!

Sumber/Kredit: Tiktok Cikgu Ayu, kisahdunia, awattsyeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*