Selepas Bisnes Ustaz Ebit Lew, Butik Adam Corrie Pula Diserbu Netizen

Selepas netizen ‘berpakat’ membeli pakaian di butik Ebit Lew, pendakwah terkenal itu tidak menang tangan sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit gara-gara terlalu banyak menerima tempahan.

Banyak sangat tempahan!


Selain pendakwah tersebut, rata-rata netizen juga mencadangkan supaya orang ramai memberikan sokongan terhadap pelakon Adam Corrie Lee dengan membeli pakaian di butik miliknya Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive.

Ini kerana pelakon yang cukup sinonim dengan watak antagonis itu juga sering tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut mereka, perniagaan kedua-dua insan tersebut mempunyai reka bentuk menarik selain harga yang berpatutan serta 100% buatan Malaysia.

Walau bagaimanapun, butik milik Adam yang terletak di Busana, Menara Mara, Kuala Lumpur ketika ini ditutup buat sementara waktu namun boleh membuat tempahan secara ‘online’ di www.adamcorrie.my.

Hantaran baru Adam Corrie di IG beliau

Saya suka pakai jubah, kurta, baju melayu, t-shirt , kemeja dan juga berkain pelekat. samfoo pakaian bangsa saya pon jarang sekali saya pakai.

Kalau saya pakai jubah, saya tak akan jadi orang arab. Kalau saya pakai baju melayu, saya tak akan jadi orang melayu.

Kalau saya pakai kurta, saya tak akan jadi orang india. Kalau saya pakai kemeja, saya tak akan jadi orang barat. Pakaian yang saya pakai tidak mengubah bangsa saya iaitu cina.

Pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim. Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam. Bukan untuk satu bangsa.

Senyum selalu, selalu bersangka baik, insyaAllah hati tenang.

Terdahulu, segelintir netizen di media sosial menyuarakan pendapat untuk tidak membeli di sebuah jenama pembekal kain popular selepas didakwa menyentuh isu bangsa yang mengundang rasa berang orang ramai.

OhMyMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*