Macam Mana Makcik Yang Pakai Tag Kurantin B0Ieh TerIepas Masuk Kedai Makan? Pekerja Restoren TampiI Cerita Semuanya

“ KAMI tak terfikir periksa pergelangan tangan pelanggan sama ada memakai ‘wristband’ atau tidak kerana kebiasaannya hanya rekod nama dan periksa suhu badan saja,” kata pekerja medan selera yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Suhada, 27.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita memakai wristband merah jambu iaitu di bawah kuarantin Covid-19 memuat naik gambarnya di media sosial sedang makan di gerai sekitar Bandar Meru Raya, Perak.

Menerusi perkongsian Nurul Suhada di Facebook (FB), dia mendakwa wanita berkenaan makan di tempat dia berkerja.

“ Saya terkejut apabila gambar wanita itu tular kerana jelas kelihatan gambar itu diambil di premis tempat saya bekerja.

“ Saya sendiri sudah buat aduan ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dan pegawai mengesahkan makcik itu negatif,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, maklumat mengenai individu berkenaan masih lagi dalam siasatan JKNP untuk tindakan undang-undang kerana melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nurul Suhada berkata, premisnya sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan KKM.

“ Setiap hari, kami merekodkan nama dan nombor telefon serta memeriksa suhu pelanggan sebelum dibenarkan masuk.

“ Cuma kami tak terfikir nak kena periksa pergelangan tangan pelanggan juga,” katanya.

Dia berkata, tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu memburukkan imej premisnya.

“ Ramai pelanggan yang tahu itu kedai kami, kalau premis kami diarah tutup kami akur.

“ Semua pekerja termasuk pengusaha mengalami kerugian akibat kejadian ini. Saya harap sesiapa yang mengenali individu terbabit tampil menyalurkan maklumat supaya masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah JKNP Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya sedang mengesan wanita itu kerana dia gagal mematuhi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

“ Jika siasatan didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk perundangan akan diambil terhadap wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

HARIAN METRO VIA MEDIA HITS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*