Cara Daftar dan Tarikh Untuk Tebus E-Wallet RM50 Yang Telah Diumumkan Oleh Kerajaan

MALAYSIA: Kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENAJANA) dengan tema iaitu Bersama Menjana Ekonomi. Perkara ini diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri pada jumaat lalu dengan 40 inisiatif bernilai RM35 billion telah diumumkan.

Jadi untuk kali ini kami akan kongsikan kepada anda cara mendaftar dan tarikh pembayaran e-Wallet sebanyak Rm50 yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Cara daftar dan tarikh tebus E-Wallet RM50

Kerajaan akan mengkreditkan RM50 dalam akaun e-Dompet atau (e-Wallet) yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 ini.

Menurut Perdana Menteri, cashback itu diberikan sepadan dengan norma kehidupan baru rakyat Malaysia yang ramai memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Jadi kerajaan memberikan Rm50 ke dalam akaun e-Wallet pengguna yang akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-Wallet di Malaysia.

Tarikh inisiatif ini

Inisiatif ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet bermula bulan Julai 2020 yang akan diperolehi oleh 15 Juta rakyat Malaysia.

Kegunaan E-Wallet

Mungkin ada yang bertanya apakah kegunaan e-Wallet. Pengguna e-Wallet boleh membelanjakan duit tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan atau barangan di Malaysia.

Contohnya, membayar parking, bayar tol, bayar tambang grab, bayar bil api bil air dan sebagainya. Boleh juga membeli barangan seperti makanan di kedai yang menyediakan perkhidmatan e-Wallet.

Cara daftar dan tebus e-Wallet RM50

Berikut kami kongsikan kepada anda bagaimana anda dapat menebus RM50 daripada e-Wallet yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

1. Touch n Go e-Wallet

Anda boleh muat turun aplikasi Touch n Go e-wallet di telepon anda, selepas itu daftar dengan isikan maklumkan yang diperlukan.

Selepas berjaya untuk mendaftar, pada butang e-Tunai rakyat sila tekan butang klik. Isikan makluman yang diperlukan (Perlu mengambil gambar, swafoto dan kad pengenalan)

2.Grabpay/Grab

3. Boost

Cara penggunaan aplikasi di atas adalah sama dalam menebus RM50 yang diberikan oleh kerajaan. Semoga RM50 ini dapat membantu menaikkan ekonomi negara dengan kuasa pembeli daripada rakyat Malaysia.

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

14 Comments

  1. Asskum selamat petang disini saya ingin bertanyakan 1soalan ramai orang tengah isu bab Mysejahtera,ramai yang mengatakan untuk mendapatkan Rm50 e. Wallet saya kena mendaftar dahulu Mysejahtera baru dapat Rm50 e. Wailet,tapi saya pelik Mysejahtera saya dah daftar,pendaftaran saya lulus tapi e,.waliet saya tak dapat pun dekat dalam Grab Dan Boost Cuba jelaskan dengan jelas..Mysejahtera dgn e.wailet

1 Trackback / Pingback

  1. Cara Claim RM50 Ewallet Khas Untuk Rakyat Malaysia, Ikuti Step Mudah Ini! - Kartel Dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*