Zizan Razak Tanya Bagaimana Nak Bersedekah. Ini Jawapan Ringkas Tapi Padat Dari Ustaz Ebit Lew

Menurut Ebit, seseorang yang berpengaruh di dalam masyarakat perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

“SEDEKAH ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Ebit memberi jawapan itu selepas pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak bertanya kaedah bagaimana cara untuk membantu orang lain dengan bersedekah, menerusi bicara soal jawab yang diadakan siaran langsung selama sejam di Instagram (IG) Live bermula 10 malam tadi.

“Ada waktunya buat (sedekah) terang, ada waktu sembunyi. “Dua-dua baik dan dalam al-Quran ada menyebut mengenainya. Dalam hadis nabi sendiri ada menyebut barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala.

“Bila mula berikan (sedekah), Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah,” katanya.

Menurut Ebit, amalan itu perlu diteruskan supaya menjadi kebiasaan.

“Amal baik mula buat mesti datang riiak. Lama kelamaan sudah biasa.

“Akhirnya, orang puji atau tidak tetap rasa nak beri. Terus buat, lama-lama ikhlas itu akan datang,” katanya.

Sebelum mengakhiri bicara, Zizan sempat meluahkan penghargaannya kepada Ebit dan kesemua petugas barisan hadapan termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mewakili rakyat Malaysia berterima kasih kepada ustaz kerana membuatkan orang berjuang.

“Semua orang sudah panggil ustaz hero. Ustaz antara front liner. Saya doakan ustaz sihat sentiasa,” katanya.

HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*