Cari pasal joging dan lepak atas jambatan

Video berdurasi 0.28 saat yang tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak malam tadi menunjukkan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala

Video berdurasi 0.28 saat yang tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak malam tadi menunjukkan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala

Klang: Seolah-olah tidak endah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu apabila berpuluh individu didapati melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, ada antara mereka didapati melakukan aktiviti joging sebelum berkumpul beramai-ramai dan lngkar arahan PKP ditetapkan.

Akibatnya seramai 54 individu masing-masing dikenakankompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, aktiviti itu dikesan sepasukan anggota pasukan penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang menerima ad.uan sebelum melakukan si.asatan di lokasi jambatan berkenaan.

Menurutnya, polis mendapati ramai individu meletakkan kenderaan di kawasan itu selain berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun lalu.

“Pasukan polis kemudian menghubungi pusat kawalan Covld-19 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan menerima arahan mengenakankompaun terhadap semua individu di lokasi berkenaan.

“Bantuan turut diberikan oleh IPK Selangor dengan menghantar Pasukan Penguatkuasaan IPK Selangor,” katanya tadi.

Shamsul Amar berkata, sejumlah 54kompaun dikenakan dengan nilaikompaun RM 2,000 bagi setiap seorang.

“Kesemua individu yang dikenakankompaun berumur lingkungan 17 tahun hingga 40 tahun. Si.asatan mendapati, individu yang dikenakankompaun membabitkan penduduk sekitar dan juga luar kawasan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 28 saat menunjukkan beberapa kereta polis serta orang awam berada di atas Jambatan Raja Muda Nala yang juga dikenali sebagai jambatan ke tiga Klang.

Kredit : Hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*