Pemuda India Cekal Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Selepas Berbulan Tiada Gaji Gara Gara Kena Pecat

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Demi mencari pendapatan, seorang pemuda berbangsa India nasi lemak membuka gerai di tepi Jalan Sungai Dua-Batu Arang dengan menjual nasi lemak yang sememangnya makanan sinonim bagi masyarakat Melayu.

Menurut R. Gurubarab, idea tersebut tercetus pada Ramadan lalu selepas hampir dua bulan kehilangan pekerjaan sebagai pemandu van yang membawa pekerja kilang.

“ Hampir dua bulan tak ada gaji, saya perlu mencari alternatif lain. Nasi lemak ini sinonim dinikmati waktu sarapan, jadi saya beranikan diri untuk mencubanya,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Lebih mesra dipanggil Guru, dia dan ibu serta kakaknya perlu bangun seawal 4 pagi bagi menyediakan sebanyak 40 hingga 50 bungkus nasi lemak setiap pagi dengan harga RM1.50 sebungkus.

Pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia gembira jualan tersebut habis dibeli penduduk sekitar apatah lagi terdiri daripada pelbagai kaum.

“ Mungkin ada seorang pelanggan yang pernah bersembang-sembang dengan saya dan menularkannya di Facebook. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang beri sokongan dan komen positif,” ujarnya.

Namun pemuda berasal dari Rawang, Selangor itu pernah berdepan dengan pelanggan yang memiliki persepsi negatif dan ragu-ragu terhadap nasi lemak yang dihasilkan.

“ Ada pernah pelanggan berhentikan kereta nak singgah beli nasi lemak tapi bila lihat seorang pemuda bangsa lain berniaga, dia tak jadi beli.

“ Tapi tak apalah bukan rezeki barangkali. Cuma saya nak jelaskan bahawa nasi lemak ini disediakan dengan bersih tanpa bahan meragukan. Malah saya juga pakai sarung tangan dan topeng muka ketika berniaga,” jelasnya.

Dia turut berhasrat untuk menambah menu jualan seperti bihun goreng dan kuih muih malah belum berfikir bagi mencari pekerjaan lain. Sumber : mStar Online (Shuhaniza Said) , Angkayar Kanni

Komen netizen

Bkn tknk beli, bab mkn mmg perlu dijaga. Mkanan yg bersih belum tentu trjaga kesuciannya. Bersih dan suci itu 2 perkara yg berbeza. Appn semoga brother ni dmurahkan rezeki. Mngkin bleh cari alternatif lain utk bisnes saudara.

Kalau tak yakin jangan makan, esok2 kena soal takkan nak jawab “saya ingatkan halal”. Sedangkan terang2 peniaga non muslim. Apa2 semoga bro dimurahkam rezeki dari sudut lain, kalau dalam meniaga makanan untuk muslim susah sikit.

Melayu xpayah acah2 sngt…india masak makan je…diorang pon pembersih jgk…cuma bahan makanan tu klu mcm ayam,pstikn halal.. disembelih… ingt kedai mamak smua tu muslim ka..boleh plak hadap

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*