(Video) ‘Memang Tak GunaIah K0rang Ni S****!’ – Bangga Maki Pengawal Keselamatan Sebab Tak Bagi Adik Masuk IKEA

Viral di media sosial baru-baru ini video seorang wanita mengamuk di gudang perabot terkemuka hanya kerana tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan.

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu menunjukkan, wanita terbabit memarahi dua pengawal keselamatan berkenaan yang tidak membenarkan adiknya masuk ke premis itu kerana tidak memakai topeng penutup muka.

Umum tahu, kebanyakan premis menggenakan syarat kepada pelanggan untuk memakai topeng penutup muka sebagai sebahagian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sekiranya pihak premis mahu membuka perniagaannya kepada orang ramai dalam tempoh PKPP ini.

Namun begitu, ada segelintir individu yang menganggap perkara itu remeh dan tidak perlu dipatuhi seolah-olah diri mereka kebal dari virus Covid-19.

Dalam video tersebut, wanita terbabit melemparkan kata-kata kesat terhadap dua pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas. Malah, dia mendakwa ada kanak-kanak yang tidak memakai topeng penutup muka dibenarkan masuk.

cek enon full video mengamuk….hahahahahaha…

Posted by Cik Kapten Azmah Mohammed on Thursday, July 16, 2020

” Call sekarang, aku sepak kau kang! Ada budak tadi aku nampak tak pakai mask. Budak kecik!!!! Tak pakai mask! Apsal budak tu boleh tak pakai mask?!

” Memang tak gunalah korang ni s***!

Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan ada meminta dua beradik itu keluar untuk mendapatkan mask sebelum masuk ke premis itu. Tetapi wanita itu memberikan alasan mask di kedai berhampiran telah habis.

Di penghujung video, adik kepada wanita itu akhirnya berjaya memperolehi topeng penutup muka yang diberikan secara percuma.

” Tau-tau sampai IKEA dengan Cik Non. Tanpa perlu pakai mask, beli mask, bawa mask tak perlu. Diorang bagi free,” kata dua beradik itu yang bangga dengan tindakan mereka yang berjaya menundukkan pengawal keselamatan premis tersebut.

Video yang memalukan diri sendiri itu kini telah ditonton lebih dari 780,000 kali dan 10,000 perkongsian di media sosial. Ramai netizen yang mengecam tindakan dua beradik itu kerana tidak mahu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Cik Kapten Azmah Mohammed

KREDIT : THEVIBES

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

  1. Adab kat mana? Lahabau kau…marah security guard mcm tu. Sial laa perangai…pakai baju mcm org jual pu*i jer aku tengok. Tak layak kau nak bahasakan diaorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*