Cetus Rasa Sebak. 5 Hari Menuju Ramadan, Suasana Makkah Dan Madinah Tidak Seperti Sebelum Ini

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Pastinya para muslimin akan melipat gandakan ibadah bersempena dengan bulan mulia itu demi ganjaran pahala yang maha hebat.

Namun begitu, tidak siapa duga, tahun ini dunia telah diuji dengan pendemik Covid-19 sehinggakan di sesetengah tempat memaklumkan tiada solat terawih secara berjemaah bagi membendung penularan wabak tersebut.

Hanya petugas pembersihan di depan Kaabah

Paling memberi kesan adalah apabila Kota Mekah dan Madinah yang menjadi tumpuan umat Islam lengang tanpa kehadiran ramai orang lebih-lebih lagi menjelang bulan mulia ini.

Dalam perkongsian di laman Facebook Masjidil Haram, kelihatan hanya petugas-petugas kebersihan dan orang setempat yang ada di keliling Kaabah telah membuatkan rasa sayu hadir dalam diri umat Islam.

Posted by Masjid Al Haram on Saturday, April 18, 2020

Terawih & sunat aidilfitri dilakukan dirumah sahaja

Kebiasaannya, Masjidil Haram pasti meriah dengan kehadiran masyarakat Islam dari seluruh dunia yang mengerjakan umrah dan ingin merasai nikmat berpuasa di Kota Suci itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi telah memutuskan bahawa tiada solat terawih dan solat sunat Aidilfitri akan diadakan di Masjidil Haram tahun ini bagi mengelakkan wabak Covid-19.

Langkah kekang pendemik

Perkongsian gambar-gambar keadaan disana ketika ini sememangnya memberikan sedikit rasa sedih kepada penduduk muslim di serata dunia.

Akan tetapi, demi kebaikkan semua, langkah yang diambil oleh pihak Arab Saudi untuk tidak membenarkan kehadiran orang luar ke Kota Suci itu sememangya satu inisiatif yang sangat perlu bagi mengelakkan penyebaran pendemik.

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: sky and outdoor, possible text that says '@madinahmycity'

Image may contain: food

Semoga pada musim haji dan tahun-tahun akan datang, Kota Suci Mekah dan Madinah kembali meriah dengan orang ramai yang hadir untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Inn shaa Allah.

Masjid Al Haram

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*