Chef Wan Meminta Maaf Kepada DS Najib Secara Terbuka. Ini Alasan Kenapa Dia Terlepas Cakap Nak Tampar DS Najib Semalam

KUALA LUMPUR – Selepas membuat kenyataan kontroversi mahu menampar Datuk Seri Najib Razak, pagi ini Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu.

CHEF selebriti, Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu.

Chef Wan mengakui beliau silap membuat kenyataan sedemikian kerana amat marah.

Dalam kenyataan panjang lebar di laman Instagram peribadinya, Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail berkata, kenyataan celupar itu dibuatnya ketika dalam keadaan amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!” kata Chef Wan.

Sebagai manusia biasa, Chef Wan juga memberitahu, dia enggan menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan bekas Perdana Menteri keenam itu sepanjang menerajui negara.

Meskipun begitu, Chef Wan tetap mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana tidak bermakna apa yang dihujahnya semalam tidak betul.

Namun, dalam masa masa, selebriti itu berkata, semua ahli politik perlu berhadapan dengan semua kritikan secara terbuka dan rasa terhormat.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja! Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” tegas Chef Wan.

Dalam laporan media semalam, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai

Selain mahu menampar muka Najib, Chef Wan juga melakukan perkara yang sama pada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disifatkannya tidak menguruskan Felda dengan baik.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” kata Chef Wan yang dipetik sebagai berkata.

"Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan minta maaf pada Najib
SEKALIPUN memohon maaf pada Najib, Chef Wan berkata, beliau akan tetap bersuara mengenai kesilapan yang dillakukan ahli politik. – Gambar fail

“Saya berdiri di atas nama Allah untuk bercakap kebenaran,” katanya lagi.

Kenyataan pedas Chef Wan itu berkaitan dengan perasan geramnya yang mendakwa Felda tidak diurus dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diterajui Najib.

Sehubungan itu, beliau meminta para penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ujar Chef Wan lagi, beliau tidak kisah apa pun yang akan diperkatakan oleh orang tentang dirinya, sebaliknya yang ditakuti jika tidak boleh berkata tentang kebenaran dan tidak membetulkan kesilapan orang lain.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib). dan itu sahaja!

“Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” katanya.

Semalam, semasa hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi masakan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Chef Wan telah melahirkan rasa kecewa dengan Barisan Nasional (BN) termasuk Najib.

Chef Wan kesal kerana BN memberikan imbuhan sebanyak RM5,000 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

Beliau juga tidak berpuas hati pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda dan mendakwa BN telah ‘merompak’ Felda sehingga agensi itu bankrap

Tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, beliau memberitahu mahu menampar Mohd Isa dan Najib.

Najib ketika mengulas dakwaan Chef Wan berkata, pemberian imbuhan kepada peneroka Felda bukan rasuah kerana ia turut diberikan kepada bukan penyokong BN.

Sebaliknya, pemberian imbuhan itu bagi membantu peneroka Felda yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi

Sumber Artikel : Astro Awani / Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*