Chef Wan Mengamuk Dengan Tindakan Budak Buka Air Minuman Dan Letak Balik Dalam Pasaraya

Pada satu entri di Instagram miliknya, Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan berkongsi satu klip video yang dipercayai dari negara jiran.

Klip tersebut memaparkan seorang pemuda membuka botol air di bahagian jualan air di sebuah pasaraya.

Dengan seorang teman yang mengambil video, pemuda tersebut membuka botol air, meminum sedikit seolah-olah merasa air tersebut, kemudiannya menutup kembali dan meletakkan semula di rak air tersebut.

“ Budak ni ingat apa yang dia buat tak merbhaya ke pada orang lain?

“ Dia sepatutnya dihkum untuk memberi pengajaran bahawa air liurnya mencemarkan minuman tersebut!” tulis Chef Wan dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Chef Wan, perbuatan tersebut adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“ Dah tua pun tak ada otak!” tambah Chef Wan.

Tulisan Chef Wan turut dipersetujui oleh pelakon Hisyam Hamid yang berharap pemuda tersebut ditangkap dan dipenjarakan.

Terdapat juga komen yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Singapura.

“ Memang kurang ajar budak ni. Dia ingat kelakar. Kejadian ni berlaku di Singapura.

“ Kita semua di sini takut with this Wuhan v1rus spreading but yet he did this. Dia sepatutnya ditangkap. Viralkan,” komen withloveyanty.

Rata-rata yang meninggalkan komen berharap video tersebut menjadi viral dan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut di bawa ke muka pengadilan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*