Kena Tduh Dapat Jadi Duta Astro Sebab Guna Kabel lbu, Ini Jawapan Cik B – ‘Kalau Tidak Kerana Mama’

Nama Cik B tlah mula dikenali ramai disebabkan kekerapan ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘳𝘰𝘮𝘰𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 anak-anak di laman Instagram (IG).

Mnerusi IG usahawan yg berasal dari Kelantan itu, perlahan-lahan lah Cik B mula mencipta pengikutnya yang tersendiri.

Bahkan, dalam usia 15 tahun Cik B pantas mencipta nama sebagai selebriti. Bermula sebagai pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, Cik B mengorak langkah setapak apabila mencuba nasib dalam dunia nyanyian menerusi single berjudul Tolonglah.

Remaja dari Ipoh, Perak itu kemudian menawan hati penonton dengan lawak spontan menerusi program Muzikal Lawak Superstar, namun nasib tidak menyebelahi kumpulan ABC yang disertai bersama Chiwan dan Achok tersingkir.

Bagaimanapun, perjalanan kerjaya Cik B dalam bidang seni terus mekar apabila menjadi pilihan Astro sebagai duta Skuad Lembaran Baharu Astro.

Perlantikannya bagi mempromosikan saluran satelit berkenaan sepanjang Ramadan membuatkan timbulnya pertkaian adakah anak ketiga dari empat beradik itu menggunakan kabel ibunya untuk memperoleh pelbagai peluang?

Cik B 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘧𝘪𝘬𝘢𝘯, mendapat peluang bergelar duta disebabkan menggunakan kabel ibunya, sebaliknya apa yang diperoleh atas potensi dirinya.

”Saya tidak mampu menidakkan, populariti yang diraih atas bantuan mama. Jika tidak kerana mama, tiada siapa yang mengenali saya.

”Ada juga 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘸𝘢 disebabkan 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 mama, saya mudah mendapat tawaran lakonan dan menyanyi kerana mama mempunyai kabel.

”Sedangkan, segala tawaran yang diterima bukanlah melalui mama, sebaliknya hasil usaha saya. Jujurnya, saya lebih selesa berdiri atas kaki sendiri,” kata Cik B kepada BH Online.

Seakan sudah lali menjadi bahan pertikaian, Cik B berkata, dia malas terlalu mengambil tahu 𝘬𝘦𝘤𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘯𝘦𝘵𝘪𝘻𝘦𝘯 terhadap dirinya. Ini termasuk keputusannya bergelar penyanyi rap.

Cik B berkata, dia tahu ramai yang 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘤𝘢𝘮 kononnya dirinya tidak layak untuk menyanyi, tetapi tidak salah mencuba sesuatu yang baharu.

Akuinya,𝘩𝘢𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘨𝘶𝘳𝘪𝘴 ketika 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘤𝘢𝘮, namun bingkas bangun daripada 𝘬𝘦𝘬𝘦𝘤𝘦𝘸𝘢𝘢𝘯.

”Saya sedar ramai 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘤𝘢𝘮 suara saya menyanyi rap. Saya ada tanya pendapat mama mengenai suara saya. Mama kata suara saya sedap.

”Tetapi mama meminta saya menurunkan berat badan jadi lebih mudah untuk menyanyi.

”Mulanya saya agak tertekan apabila 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘤𝘢𝘮, tetapi saya tidak 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘤𝘦𝘸𝘢 terlalu lama. Sebaliknya saya mahu membuktikan saya mampu menyanyi dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu baru-baru ini, Cik B yang menganggotai kumpulan ABC, merayu supaya netizen berhenti menyalahkan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida atas kekalahan mereka di pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung minggu lalu.

Sebagai seorang anak, sudah pasti Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, terkesan dengan keca.man yang dilontar netizen terhadap ibunya.

Menurut Cik B, bidang seni bukanlah lapangan kerjaya buat ibunya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

”Jangan 𝘬𝘦𝘤𝘢𝘮 mama saya… Sebab mama saya kepala dia itu perniagaan, kerjayanya bukan dalam bidang lawak.

”Jadi agak sukar bagi dia untuk dia membuat lawak. Kita melawak atas pentas ini bukan macam kita melawak dekat Insta Story atau Instagram.

”Jadi untuk semua netizen…. Please… Please jangan salahkan mama saya atas tersingkirnya ABC.

”Itu dah tertulis setakat itu rezeki kita. Saya percaya rezeki ada di mana-mana untuk kami kumpulan ABC.

”Mama gementar dan mama juga tak sihat. Jadi saya minta tolong sangat-sangat dengan netizen jangan…. Janganlah kcam mama,” katanya kepada Gempak.

Sumber/Kredit : bharian via asiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*