Cikgu Yg Merakam Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Tampil Beri Penjelasan Sebenar SeIepas Teruk Kena Kecam

Baru baru ini tular di media sosial dimana seorang guru tanya soalan kepada anak murid ayah masak apa di rumah. Anak murid tersebut selamber beritahu Ayah Masak Ketum.

Perkara ini menjadi bualan netizen dan cikgu yang dikatakan memuatnaik video tersebut telah teruk dikecam netizen.

Perkara ini mendapat perhatian salah seorang penceramah bebas yang banyak berinteraksi dengan murid sekolah. Akhi Fairuz Al-Jengkawi sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan rasa kesal terhadap guru tersebut kenapa memuat naik video tersebut.

CIKGU TERSEBUT TAMPIL BERI PENJELASAN

Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik satu status dimana cikgu tersebut telah menghubungi beliau dan menjelaskan apa sebenar yang terjadi. Jom baca ..

Cikgu yang merakam video ‘ayah saya masak ketum’ mesej saya.

Ya, kita semua maklum soalan yang diajukan itu diulang kali kedua. Awalnya cikgu ini dah dengar jawapan masak ketum itu, namun untuk ‘bukti kukuh’, beliau ambil inisiatif untuk bertanya kembali dengan rakaman.

Apa tujuannya? Nak viralkan ke media sosial?

Jawapannya tidak.

Lalu video itu HANYA dihantar kepada IBU kanak-kanak itu sahaja. Saya ulang, hanya kepada IBU murid itu sahaja.

Kenapa?

Niat cikgu ini jelas, beliau nak bantu pelajar berkenaan. Katanya, kalau ia betul-betul berlaku, harap pihak ibu tidak cover hal itu dari anak.

Jadi siapa yang viralkan video ini ke media sosial?

Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video ‘comel’ begini, mestilah cepat-cepat nak share dalam group whatsapp family.

Bila dah tersebar di satu group, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata.

Cadangan saya begini,

1. Jika hal sebegini berlaku, mohon cikgu tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video itu terus kepada parents. Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham.

2. Rujuk pentadbir sekolah. Bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya.

3. Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu.

4. Maklumkan pada ibu bapa apakah impak buruk yang dialami anak jika si ayah tak berubah (jika benar menurut dakwaan anak).

Ok, sekarang video ini dah tersebar di dalam group wassap, facebook, page, twitter, youtube, instagram dan lain-lain media sosial.

Apa yang kita boleh buat?

Saya mohon kalian sebarkan posting saya ini. Asal nampak video berkenaan orang share, share tulisan saya ini. Nak copy paste pun tak ada masalah, saya benarkan.

Saya tak gila nak aibkan orang, bukan saya tularkan – Cikgu S

” SAYA tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.

” Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tularkan, jadi saya mohon hentikanlah menularkan video itu dan mengecam dengan pelbagai tuduhan palsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan,” kata guru yang dikecam kerana pengakuan seorang murid tentang kemahiran bapanya memasak air ketum dalam sebuah sesi pembelajaran di kelas.

Guru wanita berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu S itu memohon insiden itu tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

” Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

” Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.

” Saya tidak mahu membuat laporan polis kerana tuduhan palsu dilemparkan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menjelaskan insiden terbabit, Cikgu S berkata, rakaman video itu dibuat ketika sesi pendidikan kesihatan tahun satu di sekolah rendah di utara tanah air, pagi semalam.

Katanya, pada 7.40 hingga 8.10 pagi semalam, dia masuk kelas tahun satu untuk mengajar pendidikan kesihatan menyentuh topik peranan ahli keluarga.

” Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya selain mak, siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak?

” Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok,” katanya.

Katanya, dia sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakamkan jawapan sama diberikan kanak-kanak itu sebelum berkongsikannya kepada ibu murid terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

” Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana geli hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata.

” Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum.

” Selepas tamat sesi pembelajaran itu, saya hantarkan video terbabit kepada ibunya sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka,” katanya.

Menurut Cikgu S, dia terperanjat apabila ibu murid terbabit menghubunginya pada malam tadi mendakwa video terbabit tular.

” Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit.

” Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.

” Saya anggap ini cabaran sebagai seorang pendidik dan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berwaspada di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

Ia mendapat ke-caman pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi / Harian Metro / AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*