CoV-19 Menunjukkan Kelemahan Pentadbiran Negara – Perutusan Anwar Ibrahim

Dalam perutusan Aidilfitri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menyindir dan membangkitkan kemelut yang sedang dihadapi negara kerana kegagalan pemimpin.

Beliau membangkitkan perkara tersebut ketika di hari terakhir berpuasa. Katanya apa yang sedang berlaku ketika ini (wabak CoV-19) menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan. Namun begitu beliau tidak memetik nama mana-mana pemimpin.

“Rakyat menyambut ramadhan di kala CoV-19 adalah disebabkan oleh kegagalan kita di masa lalu yang telah sekian lama kita ambil mudah” – kata dalam satu hantaran video di dalam akaun facebooknya

Anwar Ibrahim turut mengatakan kita gagal dalam dasar ekonomi yang telah menyebabkan jurang antara yang kaya dan miskin semakin jauh.

Disebabkan oleh kegagalan pemimpin, dunia akademik dan pendidikan yang ada di Malaysia.

Beliau turut mengecam tindakan kita “Malaysia” yang langsung tidak menghiraukan pelarian, orang miskin mahupun orang sakit. Semua ini adalah disebabkan keangkuhan kita dan kegagalan kita kepada manusia.

Mengucapkan terima kasih kepada pekerja Kesihatan  yang berada di barisan hadapan

Anwar Ibrahim dalam perutusan tersebut turut mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada pekerja kesihatan yang menjadi tonggak penting negara ketika mengatasi wabak CoV-19.

“Kepada semua yang berada di barisan hadapan, dari para perawat kepada pekerja restoran, pekerja kedai runci dan segala bidang yang penting yang lain, kami sangat terhutang budi kepada anda semua kerana merangkut masyarakat dalam mendepani kemelut ini”

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Ucap Selamat Hari Raya

Dalam pada itu, dalam satu video berasingan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bersama isterinya mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut memperingati seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau turut mengalakkan masyarakat duduk berada di rumah masing-masing, dan tidak bergerak bebas mengunjungi sahabat dan sebagainya.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/2941383329243014/

RENTAS KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*