Ini Rayuan Rakyat Malaysia Yang Menetap Di Italy Berkenaan COVlD 19

COVld 19. Ini Rayuan Warga Malaysia-Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Seorang warga Malaysia yang kini tengah terperangkap di Itali merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan menceritakan punca mengejutkan Itali jadi teruk dengan wabak COVld 19. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Apa Tengah Berlaku Di Malaysia Kini Sama Dengan Apa Belaku di Itali 2 Minggu Lalu

Kes di Malaysia dah cecah 428 positif COVld 19, dan rank no.1 di Asia Tenggara. Kalau tiada tindakan drastik dari kerajaan dan rakyat Malaysia HARI INI, tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti Itali. Nauzubillah min zalik.

Wahai penduduk dan rakyat Malaysia ku yang tercinta. Dengarkan lah pengalaman dan pengetahuan dari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Italy bersama dengan keluarga nya…

Mengapa di Italy pembawa dan pesakit yang dijgkiti COVld 19 terlalu tinggi!? Jangkitan di Italy juga bermula dengan angka 1 kemudian 2 – 100 – 200 dan kini sudah pun mencecah lebih dari 20,000!!!! Dan dalam jangka masa tersangat singkat.

Ketika angka yang dijgkiti hanyalah 200, mereka mengatakan “Italy lebih besar dan gagah dari Corona V1rus”. Ternyata dengan sikap tidak endah mereka, dengan sikap tidak berjaga jaga, dengan sikap tidak prihatin mereka, jumlah kematian juga meningkat. Dan jumlah kes active di Italy sekarang lebih banyak dari negara asal COVld 19 ini.

Perjumpaan, perhimpunan, perayaan besaran, perkumpulan masih berlangsung dan masih rancak diadakan di Italy. Amaran dan peringatan tidak diambil kira dan tidak dipedulikan.

Ramai yang masih bersosial dan dalam masa yang sama mereka tidak tahu yang mereka sudah pun dijgkiti dengan v1rus yang menyerang paru paru dan secara tidak langsung, mereka sudah pun mendedahkan wabak ini kepada ramai orang lain dan yang paling menyayatkan hati adalah kepada golongan yang terlalu sensitif dengan v1rus ini, ibu dan bapa mereka dan famili mereka yang telah berumur.

Wahai penduduk Malaysia ku, jangan perlekehkan dan jangan mengambil mudah dengan v1rus yang sedang merebak dengan pantas diseluruh dunia ini. Jangan ingat v1rus yang tidak lagi berleluasa di Malaysia ini tidak boleh merebak seperti di Italy. Ianya boleh terjadi dengan sekelip mata. v1rus ini tidak mengenal kulit, warganegara dan agama..

Ambil tindakan berjaga-jaga dengan:

#mengamalkan du’a du’a yang sahih dari Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam setiap pagi dan malam.

#tidak menghadiri majlis di mana ramai orang yang akan berkumpul.

#Elakkan daripada makan di luar.

#Jangan meluangkan masa yang banyak di pasar raya.

#Tunda kan perancangan untuk melancong.

#Adakan ibadah berjemaah di rumah bersama keluarga.

#Sentiasa membasuh tangan di tempat kerja..

#Tingkatkan pemakanan yang sihat

#Basuh, masak dan tutup makanan dengan baik

#Gunakan tisu untuk bersin dan untuk menutup mulut jika batuk. (Segera buang dan basuh disinfek tangan)

#Hindari dari fizikal contact

#Jika Ada simptom, hubungi pejabat kesihatan dan kuarantin kan diri.

Wahai penduduk senegara ku, ingatlah orang orang yang kita sayangi yang berada di sekeliling kita. Ingat lah anak kecil yang sedang bermain di rumah, ingat lah orang orang tua yang sedang bercucuk tanam atau yang sedang berehat, ingat lah isteri atau suami yang sedang menunggu kita di rumah.

Jadilah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan orang yang kita sayangi tidak terjangkit dengan wabak ini hanya kerana kelalaian kita untuk berhati hati.

Prevention now is better than crying later.. Prevention is better than cure.. Prevention saves lives.. Prevention k1II the v1rus.

SAMA-SAMA KONGSIKAN PADA YANG LAIN.

Selepas positif COVld 19, berjangkit dari ayahnya, beliau masih di wad hospital, dan berkongsi maklumat mengejutkan yang ramai tak tahu tentang v1rus ni. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Sumber : FB Bint Ghazi Azizah via Khalifah Media Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*