Demi Keselamatan, Doktor Ini Cuma Dapat Menatap Anak-Anak Dari Jauh

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan 8 kematiian akibat jgkitan pandemik C0v-19 secara kumulatif di Malaysia dan angka jgkitan turut semakin membimbangkan. Staff perubatan juga berkurangan kerana sebahagian mereka telah pun disahkan p0siitif wbak berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah posting ringkas daripada saudara Ahmad Effendy Zailanudin telah menyentuh hati ramai pihak. Daripada foto berkenaan, sepupunya yang juga seorang doktor hanya berpeluang berjumpa dengan anak-anaknya dari pagar rumah sahaja tanpa mendakap serta mengucup mereka. Demi keselamatan keluarganya, doktor tersebut hanya mampu menatap anak-anaknya dari jauh.

Dia pun rindukan anak-anak

Dia hanya mampu melepaskan rindu kepada dua anaknya dari jauh kerana bimbang mereka akan dijgkiti vrus yang sama.

Menurut sepupu doktor itu yang dikenali sebagai Ahmad Effendy Zailanudin, dia turut terkesan melihat keadaan itu lebih-lebih lagi dia juga merupakan seorang ayah dan tahu bagaimana perasaannya apabila berjauhan dengan anak-anak.

“ Aku terkesan bila tengok gambar ni. Apa perasaan dia.. Perasaan anak-anak dia. Dah tentu dia pun rindu nak peluk anak-anak. Tapi apa yang boleh dibuat, terpaksa menatap anak-anak dari jauh,” katanya.

Mereka terpaksa berkorban

Sehubungan itu, Ahmad Effendy menyeru orang ramai supaya mengikut setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus mengekang penularan C0v-19.

“ Buat rakan-rakan FB, tolonglah. Ikut apa arahan yang dikeluarkan. Fikirkanlah perasaan orang lain. Kita bersyukur sebab boleh duduk dengan keluarga di rumah. Main dengan anak-anak.

“ Tapi mereka terpaksa berkorban. Dedahkan diri mereka kepada risiko. Hanya untuk pastikan semua yang disyaki atau p0siitif menerima rawatan yang sepatutnya,” katanya.

Masih Perlu Berbakti Kepada Negara, Doktor Ini Cuma Menatap Anak-Anak Dari Jauh

Sementara itu, netizen sebak melihat momen dua tiga beranak itu sambil menitipkan doa buat keluarga tersebut dan para frontliners agar diberikan kekuatan untuk terus menghadapi dugaan ini.

SUMBER: MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*