TERKINI: Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir & Pengumuman Cuti Kecemasan

Cuti Kecem4san Dan Bantuan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

(SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI TENTANG PERKEMBANGAN & BANTUAN MANGSA BANJIR DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & NEGERI-NEGERI BERKENAAN, 19 DISEMBER 2021)

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.

Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

Dalam sidang media berkenaan, Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan esok kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.

Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerja sama dengan kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.

Antara rangkuman intipati dalam sidang media beliau sebentar tadi:

  • Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000
  • Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
  • Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
  • Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
  • Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas
  • Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera

Rujuk sidang media penuh dalam video di bawah:

Orang awam digalakkan melayari laman Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini banjir.

Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Sumber/Kredit : BERNAMA , Buletin TV3 via malaysiatime.me

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*