“D0akan Kita Boleh Balik Kampung Raya Aidlftri Tahun lni” lni Luahan Sa yu Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — “Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luahan sa yu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mervjuk kepada trend penurunan kes harian C0VlD-19, ketika ini.

Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kess harian C0VlD-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian r1siko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rut1n, bila tak dapat balik kampung, saya juga kcewa. 

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita d0akan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam ini.

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipert1mbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kess akibat klvster balik kampung meningkat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.

”Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang ber1siko berbanding tempat tertutup,” katanya menambah orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan pertlmbang pergerakan rentas negeri ikut zon – Ismail Sabri

Dalam pada itu, menurut laporan Astro Awani kerajaan sedang mempertimbang membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah K4walan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan termasuk dari segi penguatkuasaan.

Jelasnya, perkara itu masih lagi dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimana dari segi pemantauan? Ia bukan satu perkara yang mudah.

“Contohnya apabila sampai ke sempadan masuk ke Melaka, kalau polis tanya dari mana, dia boleh kata dari Putrajaya, sedangkan dia dari Kuala Pilah.

“Perkara seperti ini yang sedang diperincikan kerana svkar untuk kita tentukan dengan jelas pergerakan setiap orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata masih belum ada sebarang ketetapan baharu berkenaan arahan bekerja dari rumah.

Ia selepas tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan sama ada oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

“InsyaAllah kita akan bincangkan dalam mesyuarat nanti sama ada terdapat keperluan untuk mengekalkan (arahan bekerja dari rumah) atau mereka (pekerja) boleh mula bekerja di pejabat,” katanya.

SUMBER/KREDIT : BERNAMA, AWANI / coretan umie

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*