Tengah Agih Sumbangan, Tiba Tiba Warga Bngladesh Ni Datang, Pulangkan Balik Semua Sumbangan. Terkejut Lelaki Ini Bila Tahu Sebabnya

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Peribahasa ini memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bermakna setiap benda yang kita terima harus bersyukur terutama bila kita memerlukan bantuan di kala kita dalam kesusahan.

Berbeza dengan apa yang terjadi untuk saudara Mohdsalim Aripin, beliau menceritakan pengalaman ketika sedang mengagihkan sumbangan kepada yang memerlukan dan ketika ini yang memerlukan adalah bukan wrganegara Malaysia tetapi berasal dari Bngladesh.

Menerusi entrinya, dia memang sudah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan, cakna dengan msalah pkerja Bngladesh di sekitar kawasannya yang tidak bekerja dalam tempoh PKP, membuatkan dia tergerak hati untuk menghulurkan bantuan.

Menurut beliau, ketika sedang pergi dari rumah ke rumah untuk menyerahkan sumbangan secara tiba tiba warga Bngladesh ini mendekati beliau dan ingin memulangkan sumbangan yang baru sahaja mereka terima.

ā€œMengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberiā€¦ā€

Kenapa Pulang Balik Sumbangan?

Sekumpulan pekerja Bngladesh bertindak memulangkan semula barangan jika kehendak mereka tidak dituruti, justeru Mohd Salim dan pasukannya, mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka.

Rupa rupanya mereka mahu sumbangan itu diberikan mengikut jumlah yang ada dalam rumah dan bukan 1 sumbangan 1 rumah. Maksudnya sekiranya ada 10 orang Bngladesh di dalam rumah, mereka mahu 10 kampit beras diberikan kepada mereka.

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

Disebabkan perkara itu, segala sumbangan ditarik balik dan tiada satu pun mendapat sumbangan. Mereka seperti tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan seperti dapat kepak nak peha pula.

ā€œKami tak layan dan ambil semula barangĀ² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajarā€¦ā€

Barangan sumbangan yang diberikan menerusi rumah ke rumah itu telah diambil semula, kerana bagi Salim tiada gunanya memberikan kepada orang tidak reti bersyukur.

Berikut Adalah Entri Posting Mohdsalim Aripin Di Laman Sesawangnya

Lama buat kerja kemasyarakatan, sentiasa seronok.Ā Hari ini satu kejutan dihadiahkan oleh pekerjaĀ² bangladesh.

Saya tak kenal mereka dan mereka juga tak kenal saya. Bantuan disampaikan setiap rumah tak kira berapa ramai mereka duduk, tetap satu.

Semasa kita hantar sumbangan, hanya wakil-wakil saja yang keluar. Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi.

Mereka minta setiap seorang satu sumbangan bukan setiap rumah satu sumbangan.Ā Kami tak layan dan ambil semula barangĀ² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar.

Jika mereka menolak rezeki, ada yang lain mendambakan rezeki berpanjangan.Ā Biarkan mereka…

Gambar sekadar sempat dirakam saja.

Sekarang siapa yang rugi? Elok elok dapat sumbangan sekarang sebutir beras pun tidak ada. Sila belajar bersyukur dengan apa rezeki yang kita terima. Sekiranya sedikit haruslah berjimat dan belajar berkongsi.

Harap kisah ini menjadi ikhtibar kepada tuan puan semua. Belajar bersyukur.

Mohdsalim Aripin

Artikel Dipetik DariĀ Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*