Dah Lama Tahan, Jep Sepahtu HiIang Sabar. Ini Amaran Keras Sebelum Surat Sampai

Ini bukan selebriti pertama yang terkena. Banyak lagi Iaman page Facebook yang muncul berdasarkan nama selebriti tanpa pengetahuan mereka.

Hari ini Jep Sepahtu telah hilang sabar dan perkara ini jarang terjadi untuk salah seorang anggota Sepahtu. Jom baca apa yang terjadi.

Jep Sepahtu dalam kiriman terbaru Instagram beliau menafikan bahawa sebuah laman Facebook yang menggunakan nama Jep Sepahtu dan gambarnya adalah akaun Facebook miliknya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri berkata,“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di fb. Saya juga tiada sebarang acount di twitter.

Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye.‚ÄĚ

Beliau juga mengesahkan bahawa dia tiada akaun Twitter dan meminta mana-mana akaun yang menggunakan namanya untuk padam segera sebelum tindakan diambil.

Jep memulakan karier sebagai pelawak selepas menjadi juara Raja Lawak musim ke-3 terbitan Astro dengan nama kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Shuib dan Mamat.

Kini beliau aktif sebagai juruhebah radio dan sering muncul di kaca tv dalam sitkom Sepahtu Reunion Live.

Sumber: Siakap Keli

Dalam perkembangan lain, Sepahtu Reunion Kembali Namun Tanpa Kehadiran Penonton, Ini Reaksi Jep Sepahtu

Umpama seperti bermain bola sepak tapi bola tiada, begitulah reaksi Jep Sepahtu apabila rancangan Sepahtu Reunion Live bakal kembali namun kali ini tanpa kehadiran penonton akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak rabu lalu.

Setelah sekian lama berehat, program kegemaran penonton itu bakal tampil dengan musim terbaru namun masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Shuib, Ilya dan ramai lagi tetamu jemputan yang bertindak sebagai cameo dalam setiap siri.

Ketika ditanyakan mengenai berita tersebut, bintang utama Sepahtu Reunion Live, Jep memberitahu bahawa perkara itu secara tidak langsung telah memberikan pengalaman baru buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.

Kredit : TrendingSangat

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*