Dah Minta Maaf Pun Netizen Masih Boikot Siap Ada Yang Lempar Fitnah. Ini Kenyataan Dari Boss Jakel Sendiri

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel hari ini menafikan bahawa pemilik akaun instagram bernama Nor Lizah mempunyai kaitan dengan syarikat tekstil mahupun rangkaian syarikat itu.

Video Terdapat Di Bawah Artikel

Malah Mohamed Faroz menegaskan, Nor Lizah juga tidak pernah mewakili syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara, jauh sekali mempunyai kaitan dengan adiknya, Muzaffar Mohamed Jakel apabila mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menafikan syarikatnya menghina orang Melayu dan bersifat perkauman selain mendakwa tuduhan itu berunsur sabotaj bagi merosakkan imej perniagaannya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan tuduhan lain termasuk syarikatnya menyalurkan bantuan RM800,000 kepada Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu.

“ Penularan gambar serbuan ke atas syarikat kami kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit juga palsu. Gambar tersebut adalah kejadian pada tahun 2018 dan kesemua pekerja Jakel diambil secara sah melalui undang-undang.

“ Bantuan RM800,000 yang tular di media sosial juga ftnah terhadap Jakel pada tahun 2018 yang dibangkitkan semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, syarikatnya juga tidak terlibat dengan pemilik akaun Facebook Nor Lizah dan Datuk Sri Muzaffar termasuk akaun palsu yang menggunakan logo dan nama Jakel secara tidak sah.

“ Sebarang kenyataan bersifat menghina dan berbaur perkauman tidak ada kaitan dengan syarikat Jakel dan ahli keluarga Jakel.

“ Pihak Jakel menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” kata beliau.

Beberapa hari lalu Jakel menjadi perhatian umum susulan tindakan adik Mohamed Faroz iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu selepas ada netizen yang mempertikaikan tindakan gedung pakaian itu kembali beroperasi pada 4 Mei lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19.

Faroz telah pun memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

PENJELASAN BOSS JAKEL DALAM SIDANG MEDIA

Sumber : Sinar Harian / Malaysia Gazette / Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*