Dah Pesan Jangan Ziarah, Tak Pasal Pasal Muncul Satu Kluster Baru di Pangsapuri Cheras. Ini Luahan Dg Noor Hisham

Kira-kira 10 hari umat Islam di negara kita menyambut Aidilfitri dengan penuh sederhana dan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelbagai kisah menarik, suka dan duka dikongsikan orang ramai yang buat pertama kali menyambut raya dengan perlu mematuhi Standard Operation Procedure (SOP).

Namun tidak semua mematuhinya. Malah ramai yang dikenakan kompaun gara-gara melanggar arahan PKPB tersebut.

Umum mengetahui, kunjung mengunjung bagi menyambut Aidilfitri adalah dilar4ng sama sekali dan hanya dibenarkan sesama keluarga terdekat sahaja.

Ini kerana kerisauan C0VlD-19 akan merebak dan wujud pula kluster Aidilfitri. Dan ternyata kerisauan itu menjadi kenyataan.

Wujud kluster baru di Pangsapuri Cheras

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu kluster baharu di pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster berkenaan dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.

Kluster Pangsapuri Cheras. Kes pertama dikesan hasil saringan kesihatan pusat tahfiz oleh JAKIM/KKM. Kes ini tiada…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, June 2, 2020

” Bagaimanapun, melalui penyiasatan dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz itu yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

” Sehingga kini, terdapat enam kes dalam kluster ini iaitu tiga kes membabitkan penghuni pangsapuri dan tiga kes lain di luar kawasan pangsapuri.

” Mereka dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection),” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kes p0sitif kluster itu membabitkan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan.

Menurutnya, punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan COVlD-19 berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

” Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat bagi enam kes dijalankan. Setakat ini seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring.

120 disaring, 6 kes p0sitif

” Daripada jumlah itu, enam kes p0sitif, 76 kes adalah negatif dan 38 masih menunggu keputusan.

” Selain tindakan Active Case Detection yang mula dilaksanakan di pangsapuri berkenaan, beberapa langkah kawalan penularan turut giat dijalankan.

” Antaranya pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyah kuman dan nyah cemar, hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan COVlD-19,” katanya.

Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Hisham berkata tiada kes p0sitif dikesan di pangsapuri lain berdekatan pangsapuri di Cheras itu.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat meskipun Syawal dan sambutan Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan, diadakan rumah terbuka dan perhimpunan secara beramai-ramai, masyarakat masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Dr Noor Hisham juga menegaskan aktiviti tersebut dilar4ng sama sekali dan orang ramai digesa supaya elakkan aktiviti kunjung-mengunjung.

Penduduk Pangsapuri Segar Ria jalani saringan Covid-19 esok

“PAGI ini saya sudah mendapat panggilan daripada pihak pengurusan memaklumkan esok kami perlu menjalani saringan C0vid-19,” kata Pang Wee Lee, 28, penduduk Pangsapuri Segar Ria, Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mendapat maklumat sebelum ini bahawa ada tiga orang yang tinggal di Blok D pangsapuri terbabit dijangkiti C0vid-19 menyebabkannya menghubungi pihak pengurusan untuk mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, pihak pengurusan pangsapuri itu memberitahu masih menunggu perkembangan lanjut sebelum pagi ini dia dihubungi dan dimaklumkan penduduk perlu disaring esok.

“Notis pemberitahuan mengenai saringan itu juga sudah ditampal di dinding pintu lif,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rocky Pang, 26, berkata, dia hanya mengetahui perlu menjalani saringan C0vid-19, semalam, selepas membaca notis pemberitahuan itu.

TINJAUAN suasana disalah sebuah pangsapuri di Cheras berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan penemuan Kluster Pangsapuri Cheras FOTO Hazreen Mohamad

“Esok saya akan menjalani saringan itu tetapi masih belum diberitahu perlu berkumpul di mana.

“Saya juga memang ada dengar penduduk di tingkat tiga dan tingkat 10 dijangkiti C0vid-19 namun tidak mengetahui cerita sebenar,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati penduduk di pangsapuri terbabit masih menjalani kehidupan mereka seperti biasa dan tetap memakai pelitup muka.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laman Twitter memaklumkan kewujudan kluster baharu di Pangsapuri Cheras dengan enam individu positif.

“Semua rakyat tempatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

TERKINI: Kes Kemat1an Kekal Sifar Hari Ini Dengan Hanya 20 Kes P0sitif Baharu

DALAM pada itu di sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga 2 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes p0sitif C0VID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan C0vid-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini C0vid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Sehingga kini, seramai enam kes p0sitif C0vid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Justeru itu, dimaklumkan bahawa tiada kes kemat1an berkaitan C0vid-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an C0vid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Harian Metro, FMT, Siakap Keli, Twitter KKM, Limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*